AC Milan Terima Dana Pelabur China 85 Juta Euro

AC MILAN akhirnya secara rasmi mendapatkan dana baru dari konsortium China. Rossoneri mendapatkan dana sebanyak 85 juta euro ialah RM388 juta yang merupakan salah satu bahagian dari transaksi penjualan saham Milan kepada Sino-Europe Sports.

Suntikan dana sebanyak 85 juta euro ialah RM388 juta ini merupakan bayaran yang kedua selepas pihak konsortium dan Milan mencapai kesepakatan beberapa masa lalu. Yang pertama, pihak konsortium telah menyuntik dana sebanyak 15 juta euro ialah RM68 juta kepada Fininvest, syarikat induk milik Silvio Berlusconi.

Milan kini sudah mendapat 100 juta euro untuk wang muka dalam proses pengambilalih saham oleh Sino-Europe Investment Management Changxing pimpinan pelabur Li Yonghong.

Wang itu tidak akan berhenti sehingga di situ. Masih ada 420 juta euro baki yang bakal dilaburkan Sino-Europe untuk melengkapkan pengambilalihan 99,93 peratus saham Milan sehingga akhir tahun ini.

“Fininvest senang untuk mengesahkan pembayaran oleh Sino Europe Sports Investment Management Changxing Co.Ltd untuk ansuran tahap kedua dari wang muka 100 juta euro yang diluluskan pada kontrak awal penjualan AC Milan yang ditandatangani pada 5 Ogos lalu,” ujar Fininvest.

“Seperti yang telah dipersetujui dengan tarikh dan waktu yang ditetapkan, bayaran 15 juta euro segera setelah perjanjian pertama terjalin, dan hari ini pelabur China telah membayar baki Fininvest 85 juta euro ialah RM388. Ini merupakan langkah ke hadapan yang penting dalam penutupan urus niaga pada akhir tahun ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...