Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Pinjam RM3...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak secara sinikal berkata, kerajaan Pakatan Harapan...

Trump Arah Mattis Letak...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, supaya...

Trump Mohon Dana Bantu...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Kongres meluluskan dana awal...

Perak Peruntuk RM450,000 Baik...

IPOH - Kerajaan negeri Perak memperuntuk RM452,428.20 bagi membaik pulih masjid dan surau,...

Pelabur ASNB Hanya Perlu Mykad Untuk Urus Niaga

KUALA LUMPUR – Mulai 28 Jun 2017, pelabur Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hanya perlu membawa kad pengenalan untuk berurus niaga dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.

Beliau berkata langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan ASNB kepada pelabur, berbanding perkhidmatan menerusi sistem sebelum ini.

“Sebelum ini, pelabur perlu membawa buku pelaburan dan kad pengenalan untuk berurus niaga dengan ASNB, terutama untuk urus niaga pengeluaran.

“Pelabur yang kehilangan buku pelaburan pula kadang kala terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan buku baharu kerana ia hanya boleh dibuat di cawangan ASNB sahaja, selain perlu membayar yuran penggantian buku,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Mohammad, ASNB, unit Permodalan Nasional Bhd, akan menaik taraf sistemnya dengan menggunakan ‘Fund Distribution System’ (FDS) menggantikan ‘Unit Trust System’ (UTS).

Oleh itu, urus niaga ASB akan ditangguhkan sementara pada 23 Jun 2017 untuk tujuan migrasi dan penambahbaikan sistem tersebut.

“Disebabkan penangguhan berkenaan bersambung terus dengan cuti umum sempena Aidilfitri, ASB hanya akan mula berurus niaga pada 28 Jun 2017 (Rabu),” katanya sambil menambah bahawa sistem urus niaga tanpa buku ini bakal menggunakan satu nombor sahaja.


Katanya, penambahbaikan sistem operasi ini juga membolehkan ASNB meluaskan rangkaian ejen yang menawarkan urus niaga ASB, meliputi Bank Simpanan Nasional, Affin Bank dan Ambank, menjadikan rangkaian cawangan ejen ASNB yang menawarkan ASB kini meningkat kepada 2,262 cawangan.

Bagi pelabur di seluruh negara, transaksi ASB hanya ditangguhkan pada 23 Jun 2017, manakala bagi pelabur di Kelantan dan Terengganu, penangguhan urus niaga hanya pada 27 Jun 2017.

“Berikutan penangguhan urus niaga ASB ini, pelabur dinasihatkan supaya merancang keperluan kewangan dengan membuat transaksi perlu untuk mengelak sebarang kesulitan ketika meraikan Aidilfitri nanti,” katanya.

ASB merupakan tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih sembilan juta pelabur yang melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. – BERNAMA

Kategori