Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Norman Akan Eksport Lebih...

SELEPAS pelancaran filem animasi "Ribbit" yang diarahkan oleh pengarah antarabangsa, Chuck Powers pada...

Info Palsu Sijil Simpanan...

KUALA LUMPUR - Teks pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp berhubung pengagihan Sijil Simpanan...

Annuar Tidak Akan Berganjak...

KUANTAN - Tan Sri Annuar Musa tetap dengan pendiriannya meletak jawatan sebagai Presiden...

Juara Terbuka India Terkandas...

KUCHING - Pemain perseorangan China, Chen Yufei membuat kejutan dengan menewaskan naib juara...

Pelabuhan Klang, Miri Catat IPU Tidak Sihat Setakat 11 Pagi

KUALA LUMPUR – Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 11 pagi Jumaat dengan bacaan 105 dan 146 masing-masing.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 22 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 28 lagi IPU sederhana.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Shah Alam (83); Nilai (80); Batu Muda (79); Banting (76); Petaling Jaya (74); Cheras (73); dan Kemaman (71).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan malam tadi berkata jerebu yang melanda Lembah Klang ketika ini berpunca daripada asap kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang.


Katanya keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara.

Bagaimanapun beliau berkata tiada pengaruh jerebu merentas sempadan direkodkan kerana negara masih berada dalam musim peralihan monsun yang dijangkakan sehingga pertengahan Mei ini.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori