Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Berangkat Pulang...

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang...

Pihak Istana Buru Individu...

KHABAR angin mengenai pergaduhan antara Meghan Markle dan Kate Middleton mula diperkatakan sejak...

Polis Rakam Percakapan Selva...

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam percakapan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S....

Tiga Pemain Bakal Ganti...

BARCELONA nampaknya bersiap sedia untuk membuat perjanjian dengan pemain baharu bagi menggantikan Neymar...

Pekerja Pasar Borong Dihukum Penjara 3 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pasar borong hari ini dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menolong menyembunyikan barang curi iaitu pelbagai barang sukan bernilai RM1,280.

Majistret Mohd. Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamal Baharin Mohd. Kassim, 42, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Oktober tahun lalu.

Kamal Baharin didakwa dengan sengaja telah menolong menyembunyikan harta curi iaitu barangan sukan termasuk bag, baju-T dan kasut sukan di Pasar Besar Gombak, Jalan Gombak pada pukul 1 petang, 6 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Kamal Baharin yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman ringan atas alasan dia menanggung tiga anak yang masih bersekolah dan menjaga seorang ibu.


Menurut fakta kes, pada pukul 8.45 malam, 29 September 2014, pemilik premis perniagaan, Chai Hann Chiang, 42, telah menutup premisnya di Lot 12A, Jalan Pahang, dalam keadaan berkunci tetapi keesokannya dia mendapati kedainya dalam keadaan berselerak dan barang-barang yang bernilai RM87,000 telah hilang.

Antara yang hilang ialah wang tunai RM17,000, 65 pasang kasut pelbagai jenama, 20 pasang seluar dan baju-T, 10 pasang selipar dan 16 beg galas. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=mH5FFzP-ces

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori