Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Raja Bomoh ‘Panas’...

BERIKUTAN kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu mewartakan amalan dan ajarannya sebagai sesat dan...

Mourinho Puji Rooney, Ragui...

REKOD gol yang dipegang Wayne Rooney untuk Manchester United tidak mungkin dapat disaingi...

Apabila Bekas Ketua Hakim,...

KUALA LUMPUR - Minggu lalu, dua mahkamah Kuala Lumpur menyaksikan sesuatu yang amat...

Video Seks: UMNO, PAS...

KUANTAN - Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kontroversi...

Pekerja Hotel Mengaku Salah Cederakan Rakan

TAIPING – Seorang pekerja hotel mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ketika merompak rakan setugasnya bulan lepas.

Muhamad Bunyamin Abdullah, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail yang kemudian menetapkan 18 April ini untuk menjatuhkan hukuman.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Bunyamin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Norhasmida Abdullah, 23, di Hotel Golden Roof, Jalan Tupai di sini pada 20 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun, denda dan sebat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahamadun.


Dalam kejadian 5.35 pagi itu, tertuduh yang merupakan pekerja bahagian pembersihan telah memukul Norhasmida, petugas kaunter pendaftaran hotel itu, sehingga cedera.

Dia juga kemudian bertindak membakar sebuah stor yang terletak di aras satu premis berkenaan. – BERNAMA

Kategori