Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Alasan Tidak Tuntut...

JITRA – Tiada alasan untuk orang ramai tidak menuntut kad pengenalan yang sudah...

1MDB: Jabatan Peguam Negara...

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menyatakan satu mesyuarat berkenaan siasatan syarikat pelaburan...

MyPPP Akhiri Hubungan Dengan...

KUALA LUMPUR - MyPPP mengumumkan secara rasmi bakal bergerak sendiri sebagai parti yang...

Video: Askar Murah Hati...

MURAH hati seorang askar di India ini.Menerusi video yang viral di laman sosial...

Pekerja Buruh Ladang Ternakan Mati Ditetak

SUNGAI PETANI – Mayat seorang pekerja buruh ladang ternakan ayam ditemui mati dengan kesan tetakan pada leher dan kepala, di sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Paya Suri dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata, polis menerima panggilan kira-kira 10 malam, memaklumkan mengenai penemuan mayat oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berhampiran ladang terbabit untuk mencari lembunya.

“Siasatan lanjut mendapati terdapat seorang lelaki warga Myanmar, etnik Rohingya, berusia lingkungan 20-an, yang maut dengan kesan tetakan pada leher dan kepalanya.

“Turut ditemui sebilah parang yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di ladang terbabit sejak tujuh bulan lalu, dipercayai tinggal bersendirian di ladang itu dan polis masih menyiasat motif kejadian memandangkan tiada barangan berharga milik mangsa yang didapati hilang.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Kategori