Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cemar Identiti Negara Boleh...

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tampil bersuara...

JIM Sedia 10 Kaunter...

SEPANG : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyediakan 10 kaunter khas imigresen bagi melancarkan...

MAS Hantar Surat Penamatan...

SEPANG - Malaysian Airline System Bhd (MAS) akan menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada...

Pilih Pemimpin Selari Dengan...

GOMBAK - Perwakilan PAS digesa memilih barisan kepimpinan baharu yang selari dengan kepimpinan...

Pekerja Asing Belasah Polis, Rampas Pistol Di Penang

SEORANG anggota polis cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pekerja kilang warga asing yang turut merampas senjata api miliknya.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam Koperal Khosim Hat, 56, pergi membuat tinjauan selepas mendapat aduan tentang aktiviti perjudian di Jalan Besar, Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Bagaimanapun di lokasi itu beliau telah dibelasah dari belakang oleh sekumpulan pekerja asing yang turut bertindak merampas pistol yang dibawa bersamanya.

Mujurlah selepas ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah, Khosim berjaya menghubungi Balai Polis Bukit Tengah bagi meminta bantuan.

Sekumpulan anggota polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian lalu menghubungi ambulan untuk membawanya mendapatkan rawatan.

Khosim yang sudah 20 berkhidmat dengan PDRM mengalami kecederaan di muka, patah tulang rusuk kanan dan terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Bukit Mertajam.

polis2polis 1


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata, susulan insiden itu 23 pekerja asing warga Vietnam, Myanmar dan Nepal telah ditahan, 18 daripadanya bekerja di sebuah kilang di Bukit Tengah.

BACA JUGA: Anggota Polis Sedang Dapat Maklumat Cedera Dipukul Warga Asing

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Menurutnya senjata api jenis Walther P99 juga berjaya ditemui semula.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=oDbIgb7sYqg

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori