Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Polis Mungkin Panggil Najib...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak antara individu yang...

TMJ Banyak Bawa Perubahan...

REMBAU – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan...

Presiden Korea Selatan Diberi...

KUALA LUMPUR - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang kini dalam lawatan negara...

2 Mangsa Masih Terperangkap...

KUALA LUMPUR - Dua warga Indonesia dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak...

Pekebun Rugi RM150,000 Beli Nombor Ekor

KUANTAN – Seorang pekebun warga emas kerugian RM150,000 selepas diperdaya untuk menyerahkan wang bagi pembelian nombor ekor tidak wujud di Ringlets, Cameron Highlands, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa berumur 79 tahun telah berjumpa dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai penjaga masjid sekitar April lepas.

“Suspek memberitahu mangsa bahawa mangsa mungkin ada nasib terkena nombor ekor. Mangsa telah percaya dan memberi kepadanya RM20 untuk membeli nombor ekor 6d iaitu 049310 dan nombor tersebut telah kena sebanyak RM2 juta pada 2 April, 2018.

“Resit nombor ekor ada pada suspek tersebut. Mangsa telah menghubungi suspek dan suspek memberitahu mangsa sekiranya ingin mengambil RM2 juta, mangsa perlu memberinya RM150,000 terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa kemudiannya telah menyerahkan wang secara tangan sebanyak RM50,000 kepada suspek sebanyak dua kali dan RM30,000 di lokasi Gelanggang Ringlet dan Ladang Boh pada 9 April, menurut Mohd Wazir.


Selain itu, mangsa juga telah memasukkan wang sebanyak RM20,000 ke dalam akaun Hong Leong Bank diberikan suspek pada 15 April.

“Mangsa yang kemudiannya menghubungi suspek tetapi gagal, telah berasa ditipu lalu pergi ke Balai Polis Ringlepekebunts untuk membuat laporan semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan. – BERNAMA

Kategori