Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tubuh Mahkamah Khas Rasuah...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan mahkamah khas rasuah bagi membolehkan kes-kes rasuah dikendalikan...

Malaysia Bukan Negara Gagal...

PUTRAJAYA - Malaysia bukan sebuah negara yang gagal seperti dakwaan disebarkan kerana banyak...

Tersilap Ujian Ubat Baharu,...

PARIS - Sekurang-kurangnya seorang 'mati' otak, manakala lima lagi kritikal selepas berlaku kesilapan...

Pahang Bakal Terima RM1.386...

KUANTAN - Pahang bakal menerima kemasukan pelaburan dari China berjumlah RM1.386 bilion ekoran...

1MDB: Pejabat PM Tak Akan Keluar Kenyataan Dahului Team Penyiasat

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mendahului pasukan penyiasat dalam kes berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.

Beliau berkata Pejabat Perdana Menteri tidak boleh mendahului pasukan siasatan termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pasukan petugas khas dan Jabatan Audit Negara dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan serta bagi mengelakkan sebarang fitnah daripada berleluasa.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sudah memberikan komitmen dan kebebasan untuk pasukan penyiasat menjalankan siasatan dan kita hanya perlu nantikan hasil siasatan daripada sumber yang paling tepat iaitu pasukan penyiasat ini sendiri,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ruang Bicara BernamaTV bertajuk ‘Bahana Fitnah’ di sini, Isnin malam.

Beliau berkata pelbagai fitnah dicipta sejak kebelakangan ini dengan tujuan untuk mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat dan rakyat dan fitnah tersebut akhirnya menimbulkan kebencian dan dendam terhadap pemimpin negara.

“Nasihat saya agar rakyat bijak menilai berita dan memastikan berita yang diterima adalah sahih daripada sumber yang berwibawa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori