Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

CIMBClicks Kekal Selamat, Langkah...

KUALA LUMPUR – Portal perbankan dalam talian CIMB Bank Bhd, CIMBClicks, dijamin selamat,...

Saham Astro Catat Prestasi...

KUALA LUMPUR – Saham Astro Malaysia Holdings Bhd di Bursa Malaysia meningkat dalam...

PBT Disaran Jana Idea...

MELAKA - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menjana idea dalam mencari penyelesaian dan...

G25 Pertahan Kenyataan Mengenai...

 PETALING JAYA - Kumpulan G25 mempertahankan kenyataannya mengenai undang-undang khalwat dengan mengatakan bahawa...

Peguam Negara Mesti Beritahu Mahkamah Maklumat Mengenai Wang RM9.5 Juta

PUTRAJAYA – Peguam Negara Tommy Thomas bertanggungjawab untuk memberitahu mahkamah maklumat sebenar mengenai dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu.

Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom berkata afidavit yang mendedahkan maklumat itu telah difailkan oleh Pejabat Peguam Negara atas arahan Peguam Negara.

“Alasan untuk memfailkan afidavit itu ialah Peguam Negara berpendapat beliau selaku seorang pegawai mahkamah, berkewajipan untuk memberitahu mahkamah hal yang sebenar mengenai maklumat berkaitan wang sebanyak RM9.5 juta itu,” kata beliau.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Zureen untuk memperjelaskan kedudukan kerajaan berhubung rayuan tersebut selain afidavit yang difailkan oleh Pejabat Peguam Negara itu.

Zureen, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan rayuan Presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon untuk menghidupkan semula samannya terhadap kerajaan Malaysia berhubung sabitan kes liwat terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan.

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee berkata permohonan untuk mencelah telah difailkan disebabkan keadaan-keadaan di dalam afidavit yang telah difailkan oleh Pejabat Peguam Negara itu.

Zureen yang mewakili kerajaan dan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram membertiahu mahkamah bahawa permohonan untuk pencelahan itu telah diserahkan kepada mereka petang semalam.

Muhammad Shafee memohon untuk mencelah dalam rayuan itu untuk membatalkan afidavit tersebut yang telah diperakukan pada 5 Sept tahun ini oleh pegawai tugas khas kepada Peguam Negara, Siti Rahayu Mohd Mumazaini dan untuk memeriksa balas beliau.

Hakim Umi Kalthum memerintahkan perkara itu dihantar untuk pengurusan kes dan timbalan pendaftar kemudiannya menetapkan 29 Nov untuk mendengar permohonan Muhammad Shafee untuk mencelah dalam rayuan itu dan 21 Sept sebagai tarikh pengurusan kes.

Dua hakim lain yang bersidang ialah Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Yeoh Wee Siam.

Minggu lepas, Anwar, dalam kenyataannya berkata para peguamnya telah menerima afidavit yang ditandatangani oleh Siti Rahayu yang menyatakan bahawa maklumat baharu telah ditemui bahawa RM9.5 juta telah dibayar kepada Muhammad Shafee dan daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2013 dan 2014.


Anwar, telah memfailkan saman pemula pada 9 Jun 2017, terhadap kerajaan dengan mendakwa bahawa beliau tidak diberi perbicaraan yang adil dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes liwat II.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa sabitan kesalahan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak sah dan terbatal dan beliau juga memohon untuk membatalkan keputusan Mahakamah Persekutuan yang telah mengekalkan sabitan kesalahan terhadap beliau.

Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap sabitan kesalahan kes liwat beliau.

Dengan sabitan kesalahan itu Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mana sabitan itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar, bagaimanapun mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei tahun ini.

Kerajaan telah memfailkan saman untuk membatalkan saman Anwar atas alasan ia bersifat remeh, tiada sebarang kausa tindakan munasabah, dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 8 Nov, tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia, yang mendorong Anwar untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Peguam Sri Ram memberitahu pemberita selepas selesai prosiding hari ini bahawa beliau akan mencabar permohonan Muhammad Shafee untuk mencelah dalam rayuan itu.

Semalam, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. – BERNAMA

Kategori