Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aktor Hamil Kekasih, Nama...

SEJAK minggu lalu, industri hiburan tempatan digegarkan dengan pengakuan berani seorang wanita lingkungan...

Situasi Covid-19 Dalam Negara...

KUALA LUMPUR - Situasi penularan jangkitan Covid-19 dalam negara masih pada tahap genting...

Perdana Sedang Dikejar JPJ...

EMPAT wanita maut apabila kereta Proton Perdana yang sedang dikejar penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan...

Restoran Di Wangsa Maju...

Kuala Lumpur - Beberapa pelanggan yang menikmati sarapan terkejut apabila mendapati restoran yang...

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000 Kerana Cederakan Bekas Kekasih

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencederakan bekas kekasihnya selepas berlaku perselisihan faham, seorang pengawal keselamatan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zulkifli Mat Zin, 32, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halimah Ambia, 38, di hadapan lif tingkat 4, Flat Sri Perak Jalan 1A/48A, Sentul, dekat sini pada 8.30 pagi 26 Mac.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika tidak membayar denda itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh bertindak mencederakan mangsa selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum dia memukul seluruh badan wanita itu menggunakan batang mop dan menyepak seluruh badan serta menumbuk di bahagian kepalanya berkali-kali.


Ketika rayuan, peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara sebaliknya menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan itu kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh menyesali perbuatannya.

Pegawai Pendakwa Zuraimi Kamarozzaman memohon mahkamah hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori