Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hubungi Bomba Dahulu Sebelum...

LUMUT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta orang awam untuk menghubungi...

Kerajaan Arah FAMA Beli...

BERA - Kerajaan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membeli hasil pertanian keluaran...

300 Peserta Diberi Kesedaran...

KUANTAN - Seramai 300 peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan warga pendidik...

Laku Terjual, Tudung Neelofa...

KUALA LUMPUR:  Naelofar, jenama tudung keluaran pelakon popular Neelofa Mohd Noor mendapat sambutan...

Pegawai TLDM Didakwa Perdaya JLKN

MELAKA – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan memperdaya Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menggunakan dokumen palsu berhubung tuntutan elaun perjalanan, dua tahun lepas.

Nor Shairul Shaharudin, 37, sebagai Kem Komandan di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara didakwa mengemukakan tujuh dokumen iaitu “Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri” bagi Januari, Mac, April, Jun, Julai, Ogos dan September 2014 bertarikh antara 3 Jan dan 25 Sept 2014 berjumlah RM2,164 sedangkan dia mengetahui dokumen itu mengandungi butiran palsu.

Tertuduh yang berpangkat Leftenan Komander itu didakwa sebagai ejen kerajaan Malaysia memperakukan bahawa dia menggunakan kenderaan sendiri dan menginap di hotel tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Putra-Putri, Cherana Putih, Alor Gajah dekat sini antara 29 Jan dan 20 Okt 2014.

Nor Shairul didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan, jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi menawarkan wang jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin bagi ketujuh-tujuh pertuduhan.

Bagaimanapun peguam Sasila Basri yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya yang masih berkhidmat perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang berusia antara 10 bulan dan 10 tahun.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Nor Shairul diikat jamin RM21,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori