Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tujuh Maut Tren Komuter...

MOUNT PLEASANT, New York – Tujuh orang maut dan 12 lagi cedera apabila...

SPRM Rampas RM1 Juta...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas wang tunai...

KKM Perlu Senarai Jenama...

SHAH ALAM : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran mengeluarkan senarai jenama Kit Ujian...

Tarikh Akhir Serah Penyata...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad, hari ini mengingatkan...

Pegawai Polis Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Akan Ditukarkan

KUALA LUMPUR – Seorang ketua polis daerah di Sabah akan ditukarkan setelah dikaitkan dengan dakwaan membuat gangguan seksual terhadap beberapa anggota pasukan itu dan orang awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima banyak laporan dan surat layang mengenai tuduhan berkenaan.

“Ada aduan yang diterima daripada staf dan orang awam, jadi kita ambil serius mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada pelancaran gotong-royong memerangi aedes di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata pegawai polis itu akan dipindahkan sementara menunggu siasatan dijalankan.


Sebuah portal berita hari ini melaporkan pegawai polis terbabit didakwa membuat gangguan seksual terhadap anggota pasukan yang sama jantina.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata aktiviti gotong-royong seumpama itu akan mempastikan kebersihan persekitaran pejabat, balai polis dan kediaman dalam usaha mengekang pembiakan nyamuk aedes dan wabak denggi. – BERNAMA

Kategori