Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UniMAP Bakal Miliki Surau...

PADANG BESAR - Kampus Uniciti Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mempunyai surau...

Covid-19 (7 Jun): 1,330...

Sebanyak 1,330 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,516,319.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Kedah Komited Jaga Tanah...

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah komited menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu (TRM)...

Kementerian Kaji Cadangan Perluaskan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji cadangan memperluaskan...

Pegawai Penguat Kuasa Didakwa 3 Pertuduhan Rasuah

KUCHING – Seorang pegawai penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM5,250 pada Jun dan Julai 2015.

Omar Mohd Bahari, 54, yang bertugas Bahagian Kawalan Filem Sarawak, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Untuk pertuduhan pertama, dia didakwa menrima rasuah sebanyak RM1,750 daripada Richard Hii Ding Yin sebagai dorongan supaya tindakan tidak diambil terhadap 11 premis yang menjual VCD dan DVD cetak rompak di kawasan Sibu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kafe Fifty Six Hotel, Jalan Tun Jugah dekat sini kira-kira 9.55 malam18 Jun.

Tertuduh juga di dakwa menerima RM1,750 daripada individu sama melalui akaun bank pada 7 Julai di Bank HSBC, Padungan dekat sini kira-kira 6.36 petang

Untuk pertuduhan ketiga, Omar didakwa menerima RM1,750 daripada Ding Yin melalui akaun bank pada 27 Julai di Royal City KTV, Jalan Ang Cheng Ho dekat sini pada kira-kira pukul 10.50 malam.


Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah rasuah terbabit atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi , jika sabit kesalahan.

Hakim Kumbong membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 1 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How Low Chin daripada SPRM sementara Omar tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori