Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MAS Menang Anugerah Syarikat...

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Malaysia Airlines (MAS) masing-masing memenangi Anugerah Khidmat Cemerlang...

Khazanah Lantik Morgan Stanley...

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. melantik Morgan Stanley untuk meneroka pilihan strategik...

Pelajar SPM Bunuh Diri...

BERITA kematian seorang remaja lelaki yang dilaporkan membunuh diri ekoran kecewa setelah gagal...

1MDB: Najib Beri Keterangan...

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai memberi keterangan...

Pegawai Bomba Direman Seminggu

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa melibatkan kerja-kerja pembekalan alat ganti.

Suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang dengan mengesyorkan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan alat ganti walkie-talkie membabitkan jumlah RM8,100 pada tahun 2016.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim@Isa.

Pegawai berusia 35 tahun itu yang ditahan di Ibu Pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 8.25 malam semalam disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – UTUSAN ONLINE

Kategori