Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

89,474 Kes Demam Denggi,...

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September...

Pasangan Singapura Ini Kecewa...

PASTINYA setiap setiap pasangan pengantin mahukan momen-momen majlis perkahwinan mereka diabadikan dengan cukup...

TPM Percaya Kumpulan Sama...

NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya...

Kes Seludup Senjata: PDRM...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan...

Pegawai Bergelar ‘Datuk’ Bebas Dengan Jaminan SPRM

MELAKA – Seorang pegawai kanan kerajaan bergelar ‘Datuk’ yang direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka, dibebaskan hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan lelaki berusia 55 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM RM100,000 dengan dua penjamin selepas tempoh remannya itu berakhir hari ini.

Pegawai awam itu ditahan SPRM di sekitar Bandar Melaka pada 2 petang 28 November lepas dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang jutaan ringgit, disyaki diraih menerusi rasuah.


Terdahulu, lelaki berkenaan yang berpakaian sut lengkap itu tiba di perkarangan mahkamah pada 9.15 pagi diiringi anggota SPRM dan peguamnya Azrul Zulkifli Stork sebelum meninggalkan mahkamah 10 minit kemudian.

Suspek yang lebih tiga tahun bertugas sebagai pegawai kanan itu sempat menunjukkan isyarat bagus sambil mengucapkan terima kasih kepada petugas media yang hadir membuat liputan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori