Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Yakin Selesai Projek...

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Kesihatan (KKM) yakin dapat menyelesaikan semua projek naik taraf...

PAN Perak Bantah Tambang...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak membantah cadangan Persatuan Pengusaha...

TPM Seru Ahli BN...

SERU... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli parti menganjurkan solat hajat...

Pendedahan Zaid Ibrahim Bukan...

BERA - Pendedahan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Sing...

Pegawai, Anggota Polis Di Sempadan Perlu Jujur

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail meminta para pegawai dan anggota polis di sempadan menjalankan tugas dengan jujur, bertanggungjawab, telus dan amanah.

Titah baginda, bertugas di kawasan sempadan mempunyai cabaran besar dan memerlukan komitmen tinggi khususnya bagi membanteras jenayah rentas sempadan, perdagangan manusia dan penyeludupan.

“Oleh itu, jalinan kerjasama strategik dengan semua agensi seperti inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam setiap operasi akan lebih berkesan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah selepas berkenan berangkat menyertai program berbasikal ‘Kayuhan Sedia Berkhidmat’ sejauh 16 kilometer sempena Sambutan Hari Polis ke-210 yang bermula dan berakhir di perkarangan Surau Perumahan Polis Seriab dekat sini, petang semalam.

Program itu diadakan sekali dengan aktiviti ‘Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ ke-19, anjuran MAIPs dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Kelab TTG Perlis.


Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs menambah masyarakat menghargai sumbangan polis namun masih terdapat ruang untuk hubungan kedua-dua pihak dipertingkatkan.

Menurut baginda, pegawai dan anggota polis masih perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai kemahiran insaniah selain mengiktiraf masyarakat yang terlibat menjaga keselamatan dan keamanan setempat.

“Suasana masyarakat hari ini yang semakin bersifat individualistik memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan komuniti yang kompleks,” titah Tuanku Syed Faizuddin. – BERNAMA

Kategori