Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peniaga Didenda RM3,000, Miliki...

Kuala Lumpur: Padah memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbit, seorang...

Polis Dihargai, Dapat Bunga...

GAMBAR seorang kanak-kanak memberikan sekuntum bunga kepada seorang anggota polis trafik menjadi viral...

Perhimpunan Red26 Bukan Sebab...

TAWAU - Perhimpunan RED26 di Tawau semalam bukan didalangi parti politik atau individu...

Kes Shafie Batal Saman...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi, di sini, menetapkan 3 September depan bagi buat...

Pedrosa Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Bebas Pertama MotoGP

SEPANG – Pelumba pasukan Repsol Honda Dani Pedrosa mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas pertama Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2014 di litar Sepang di sini hari ini.

Pelumba Sepanyol ini mencatat masa dua minit 1.379 saat. Aleix Espargaro (NGM Foward Racing) dan Jorge Lorenzo (Movistar Yamaha MotoP) yang mengikuti beliau dengan rapat, masing-masing mencatat 2’01.393s dan 2’01.416s.

Marc Marquez (Repsol Honda Team) yang menduduki tangga teratas kejohanan Dunia MotoGP pula mencatat masa keempat terpantas iaitu 2’01.670s dan juara dunia enam kali kategori premier Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoP) pula mencatat masa keenam terpantas iaitu 2’01.842s.

Sesi ini berlangsung dalam keadaan kering dengan suhu sekitar 31 darjah Celsius, dan suhu permukaan trek berada pada 41 darjah Celsius.

Dalam kelas Moto2, Johann Zarco dari Air Asia Caterham mencatat masa terpantas 2’08.048s manakala pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah dari Petronas Raceline Malaysia mencatat 2’09.340s untuk menduduki tempat ke-20.


Seorang lagi pelumba Malaysia dalam kelas Moto2, Azlan Shah Kamaruzaman (Idemitsu Honda Team Asia) menduduki tempat ke-31 masa terpantas selepas mencatat 2’10.333s.

Dalam kelas Moto3, Jack Miller dari Red Bull KTM Ajo mencatat masa terpantas dalam latihan pertama dengan catatan 2’13.773s.

Pelumba Malaysia Hafiq Azmi dari pasukan SIC-AJO KTM, menduduki tempat ke- 17 masa terpantas dengan catatan 2’15.914s diikuti Muhammad Zulfahmi Khairuddin (Ongetta-AirAsia) dengan 2’16.016s.

Bagi kedua-dua pelumba wild kad Malaysia dalam kategori itu, Hafiza Rofa (SIC-AJO) dan Ramdan Rosli (Petronas AHM Malaysia), masing-masing menduduki tempat ke-29 dan ke-32 masa terpantas dengan catatan 2’16.899s dan 2’17.169s. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori