Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MotoGP: Hafizh Syahrin Di...

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Monster Yamaha...

Hak Asasi Kemanusiaan Bukan...

ALOR SETAR - Hak asasi kemanusiaan tidak seharusnya hanya dimonopoli dunia Barat kerana...

Demam Melarat Buta, Penuntut...

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman,...

QZ8501 : Bayang-Bayang Seperti...

Sebuah pesawat pencarian pesawat AirAsia QZ8501 turut mengesan bayang-bayang di dasar laut yang...

Pecah Masuk Rumah: 2 Sahabat Dipenjara 46 Bulan

KAMPAR – Dua sahabat, masing-masing dihukum penjara 46 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas didapati bersalah melakukan pecah rumah dan mencuri peti besi yang mengandungi emas pada Januari tahun lepas.

Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh turut memerintahkan tertuduh M. Vickneswaran dan K. Devaraj, kedua-duanya berumur 26 tahun membayar kos pendakwaan RM500 setiap seorang atau penjara dua bulan jika gagal membayar kos itu.

Kedua-dua tertuduh didakwa memecah masuk kediaman Leong Wei Hai, 36, di Mambang Diawan di sini dan mencuri satu peti besi milik Goh Sau Fong, 61, pada 7 hingga 8 Jan antara 3.30 petang sehingga 7.45 pagi, mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua lagi rakan mereka, R. Muraly, 43, dan R. Siva Nesan, 24, masing-masing didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun jika gagal membayar denda itu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan bersubahat menghapuskan peti besi dan emas itu.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-duanya membayar kos pendakwaan sebanyak RM500 setiap seorang dan jika gagal dikenakan penjara dua bulan.​​​​​


Siva Nesan didakwa menolong menghapuskan peti besi itu di kolam ikan, Kampung Dermawan dekat Tapah antara 8 Jan hingga 3 Mac tahun lepas, kira-kira 7.45 pagi hingga 11.45 pagi manakala ​​​​​​​ Muraly pula didakwa menolong menghapuskan harta iaitu sekalung emas seberat 4.44 gram di sebuah kedai pajak di sini, pada kira-kira 1.24 tengah hari, 18 Jan tahun lepas.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kenny Oon Kork Chern, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam dan sepanjang prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil 18 saksi manakala pihak pembelaan tiada saksi. – BERNAMA

Kategori