Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Mula Import Bahan...

KUALA LUMPUR : Syarikat pengeluar ubat memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang...

KitKat Ubat Batuk Dan...

JIKA di Malaysia, coklat berwafer rangup KitKat hanya mempunyai beberapa perisa sahaja termasuk...

Jam Tangan Tiruan Pelbagai...

BUTTERWORTH - Sejumlah 1,363 jam tangan pelbagai jenama tiruan dirampas dalam pemeriksaan Pejabat...

Kediaman Jamal Di Ampang...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan empat lelaki yang dikatakan memecah masuk kediaman...

PDRM Umum Pertukaran Enam Pegawai Kanan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 1 Okt depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), SAC Datuk Asmawati Ahmad berkata Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah ACP Abdul Razak Hassan bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.

“Tempat Abdul Razak diambil alih Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman ACP Yusuh Mat Tais.

“Selain itu, Supt Zaiton Hussain pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bidor, Perak, Supt Wan Hamzah Wan Kadir dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.


“Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Supt Zamri Deris pula dilantik Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya.

Selain itu, Asmawati berkata Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Supt. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

Kategori