Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Empat Insiden Kecil AirAsia,...

Selepas kejadian nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata Tenggara...

TPM Imbas DAP Angkuh...

BENCANA dahsyat seperti banjir terburuk dalam sejarah yang menimpa Pulau Pinang pada minggu...

TMJ Serah “Pendrive” Kepada...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan 'pendrive' atau pemacu...

Tetak Guru Dengan Kapak...

JAKARTA - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang berang kerana sering dimarahi gurunya...

PDRM Masih Berusaha Kesan Muhammad Riduan

IPOH — Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan usaha mengesan dan untuk menahan Muhammad Riduan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M. Indira Gandhi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman dalam kenyataan, berkata usaha itu berterusan sejak 30 Mei 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Beliau berkata walaupun kenyataan media telah dikeluarkan sebelum ini untuk mendapatkan kerjasama orang ramai serta meminta Muhammad Riduan sendiri menghubungi pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa, namun usaha itu masih gagal.

“Dalam masa yang sama, pihak polis turut memaklumkan peguam yang mewakili Indra Gandhi tentang segala langkah yang diambil oleh pihak polis dalam usaha mengesan penama tersebut dan anaknya,” katanya.

Katanya, pihak polis sekali lagi memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang lelaki terbabit agar dapat memaklumkannya kepada pihak polis supaya kes tersebut dapat diselesaikan.

Pada 29 Jan tahun ini, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa penukaran agama ketiga-tiga anak kepada Indra Gandhi oleh bekas suaminya Muhammad Riduan adalah batal dan tidak sah.


Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Riduan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

Kategori