Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Angkasa Peruntuk RM4.8 Juta...

KUANTAN - Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada...

‘Mamat’ Sado Ipoh Ni...

PERTAMA kali melihat gambar ini, apa yang korang nampak? Susuk seorang lelaki sado...

Jerebu Tidak Begitu Serius...

KUALA LUMPUR - Indonesia hari ini memberi jaminan jerebu rentas sempadan tahun ini...

6 Projek Pertanian Akan...

LABUAN - Sekurang-kurangnya enam projek pertanian melibatkan peruntukan sebanyak RM423,100 akan dilaksanakan di...

PDRM Gagalkan Cubaan Serangan Pengganas

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan dan ketangkasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan satu demi satu cubaan kumpulan pengganas melaksanakan tindakan keganasan termasuk rancangan serangan pada beberapa acara penting di negara ini.

Rancangan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran Merdeka Ogos lepas menunjukkan Malaysia tidak terlepas daripada ancaman pengganas.

Cubaan itu, bagaimanapun berjaya digagalkan menerusi penangkapan 19 lelaki iaitu lapan warga tempatan dan 11 warga asing dalam operasi pada 4 Julai hingga 30 Ogos lepas membabitkan enam siri tangkapan.

Antara yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM bersama Unit Tindakan Khas Bukit Aman adalah suspek utama perancang serangan itu, seorang rakyat Filipina berumur 25 tahun, yang juga anggota Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf (ASG) yang menyusup masuk ke Sandakan, Sabah sebelum ke ibu negara pada Dis 2015.

Kumpulan pengganas yang menjadikan acara tumpuan ramai sebagai sasaran untuk melakukan serangan ini terus diburu PDRM apabila tiga lelaki termasuk pelajar sekolah tingkatan enam ditahan di sebuah restoran di Pasir Puteh, Kelantan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan pada 10 Okt lepas.

Kesemua lelaki itu juga disyaki terlibat dalam rancangan melakukan serangan pada ‘Better Beer Festival 2017’’, pusat hiburan dan rumah ibadat di sekitar Lembah Klang menggunakan ‘Improvised Explosive Device’ (IED) yang dihasilkan sendiri.

Pihak keselamatan negara terus mengambil langkah proaktif dengan mengekang pengaruh kumpulan pengganas dengan penahanan 45 individu yang dikategorikan sebagai pengganas warga asing (FTF) hasil daripada operasi mengesan dan menangkap mereka hingga 6 Okt lepas.

Tindakan itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh bahawa anasir Daesh dari pelbagai negara yang sebelum ini beroperasi di Iraq dan Syria, mula menyusup keluar dari negara itu selepas kumpulan mereka kehilangan sebahagian besar kawasan yang dikuasai sebelum ini.

Menyedari sekatan dana dapat menghalang kumpulan itu daripada mendapatkan bekalan senjata api dan bahan letupan bagi melakukan serangan, PDRM telah menahan 20 suspek warga tempatan yang terbabit dalam kegiatan pembiayaan aktiviti pengganas sejak tahun lalu.

Kesemua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun itu bergerak secara individu dipercayai menyalurkan dana dalam jumlah yang kecil kepada kegiatan pengganas Daesh untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.


Sementara itu, sebanyak 346 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh termasuk 95 rakyat negara ini ditahan setakat 6 Okt lepas.

Hasil maklumat yang diperolehi Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 53 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti keganasan di Iraq dan Syria dengan 34 daripada mereka maut.

Dalam pada itu, kejayaan pihak keselamatan Filipina menembak mati ketua kumpulan Abu Sayyaf (ASG) Isnilon Hapilon dalam pertempuran di Marawi, selatan Filipina adalah perkembangan positif bagi menamatkan insiden penculikan khasnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Justeru, banyak pihak mengharapkan suasana aman di perairan Laut Sulu dapat dikembalikan, sekali gus membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan seperti sebelum ini.

Dalam usaha mengekang ancaman keganasan, pihak berkuasa sentiasa meningkatkan kaedah pemantauan bersama negara luar, termasuk penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi yang memulakan operasi pada 30 Mei lepas di negara ini.

Selain itu, kawalan keselamatan di semua pintu masuk di seluruh negara termasuk laluan tikus turut dipertingkatkan bagi memastikan anggota pengganas yang diburu pihak berkuasa di negara jiran tidak dapat menyusup masuk ke negara ini. – BERNAMA

Kategori