Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hampir 5,000 Kunjungi Jualan...

KEPALA BATAS – Hampir 5,000 orang mengunjungi program jualan murah membantu rakyat di...

2 Pelajar Perakaunan UiTM...

SHAH ALAM - Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kecemerlangan apabila tersenarai antara 10...

6,000 Uncang Teh India...

NEW DELHI - Sebuah kilang di India sedia menghantar 6,000 uncang teh hijau...

Pencuri Rebah Dibaling Kon...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersungkur selepas dibaling dengan...

PDRM Bebaskan Kesemua Rakyat Malaysia Yang Diculik

KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina bagi membebaskan rakyat Malaysia yang diculik di perairan Lahad Datu, Sabah, Julai lalu walaupun menerima ugutan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata rundingan masih diteruskan bagi membebaskan kesemua rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi tawanan puak militan di Selatan Filipina bagi memastikan kesemua mangsa dibawa balik dengan selamat.

“Kita sentiasa berusaha untuk membebaskan mana-mana rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan dan rundingan berterusan tetap dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin, Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Rusli Ahmad.

Julai lalu lima rakyat Malaysia dilaporkan hilang di perairan Dent Haven, Tambisan, menjadi mangsa penculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Kejadian itu disedari apabila sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Lahad Datu pada 18 Julai lalu.


Noor Rashid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu penculikan ini kerana bimbang dengan nyawa kesemua mangsa yang terlibat.

“Tanggungjawab kita mahu membawa balik kesemua mangsa yang menjadi tawanan ini dalam keadaan selamat…setakat ini kesemua mereka dalam keadaan baik.

“Keselamatan dan nyawa mangsa yang lebih utama dan pintu rundingan mula dibuat sejak kesemua mereka diculik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori