Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Taknak Terus Kecoh, Ismail...

EKORAN gambar yang dimuat naik oleh pendatang baharu, Ismail Izani sehingga tular menjadi...

Jamal Tuntut Reformasi Penjara,...

SELEPAS dipenjarakan 27 hari, pemimpin kontroversi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos menuntut...

Masih Ada Sinar Harapan...

KUALA LUMPUR - Di sebalik kegawatan penularan wabak koronavirus (Covid-19), jelas terpancar rasa...

Pelakon, Rakan Ditahan Tanam...

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon drama berusia 28 tahun bersama dua rakannya ditahan selepas disyaki...

PBZT FGV Meningkat 3 Kali Ganda Kepada RM170j

KUALA LUMPUR – Keuntungan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebelum cukai dan zakat (PBZT) meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM170 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2017, berbanding RM44 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, hasil daripada prestasi yang kukuh dalam Sektor Perladangan dan Logistik dan Lain-lain (LO).

Pendapatan dalam tempoh itu meningkat lima peratus kepada RM12.7 bilion berbanding RM12.09 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Pengeluar minyak sawit (MSM) dan perniagaan berasaskan pertanian terbesar dunia itu mengumumkan pembayaran dividen interim 5.0 sen sesaham bagi kira-kira 3.64 bilion saham biasa menerusi sistem satu peringkat bagi suku yang berakhir pada 30 Sept, 2017, berjumlah RM182.41 juta dan dijangka dibayar pada 28 Dis, 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama 2017, prestasi sektor perladangan mencatat peningkatan ketara, mencecah keuntungan sebanyak RM225 juta berbanding kerugian RM30 juta dalam tempoh yang sama lepas tahun.

“Kami memperoleh galakan daripada keputusan yang kukuh ini. Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan 10 peratus pengeluaran MSM yang disokong oleh peningkatan 3.0 peratus pengeluaran tandan buah segar (FFB) kepada 3.07 juta tan metrik hasil daripada harga MSM yang lebih tinggi, peningkatan bahagian keuntungan daripada usaha sama dan margin yang lebih tinggi dalam perniagaan baja.

“Selain itu, sektor LO turut mencatatkan peningkatan keuntungan disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dan jumlah tan yang diangkut oleh operasi pengangkutan, seiring dengan peningkatan jumlah pengeluaran MSM,” katanya.

Sementara itu, bagi suku ketiga (Q3) 2017, FGV mencatat kenaikan 31 peratus dalam PBZT kepada RM114 juta berbanding suku sebelumnya, hasil daripada peningkatan dalam sektor gula dan LO/
“In addition, the LO Sector recorded increased profits due to higher throughput and tonnag.


Sektor perladangan mencatatkan keuntungan sebanyak RM107 juta pada Q3 berikutan peningkatan 18 peratus suku tahun ke suku dalam pengeluaran FFB, namun prestasinya diimbangi oleh caj perjanjian pajakan tanah yang lebih tinggi, manakala perniagaan gula kembali mencatat keuntungan berbanding suku sebelumnya disebabkan oleh penurunan harga gula mentah.

“Dalam usaha berterusan kami untuk memaksimumkan hasil, kami telah mengukuhkan operasi perladagan menerusi usaha mengoptimum buruh dalam aktiviti penuaian, melanjutkan waktu kerja dan mengguna pakai pengambilan pekerja asing secara agresif. Prospek seterusnya disokong oleh peralihan pokok sawit muda yang meningkat ke peringkat produktif,” kata Zakaria.

Beliau berkata prestasi FGV berada pada trend positif dari Q1 hingga Q3, dan berdasarkan peningkatan ketara dalam pengeluaran FFB pada Oktober, syarikat itu dijangka mencatat prestasi yang lebih baik dalam tahun kewangan 2017 berbanding 2016.

Untuk terus mengukuhkan perniagaan teras, kami melantik profesional dalam bidang yang diperlukan bagi mengukuhkan komposisi Lembaga FGV dan pengurusan kanan.

“Profesional tersebut memiliki pengalaman dan kepakaran yang tepat untuk membantu memajukan FGV ke hadapan dan menghasilkan pulangan yang mampan untuk pemegang saham dan pemegang kepentingan kami,” kata Zakaria. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori