Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Menang Pilihan...

MONTEVIDEO - Bekas presiden, Tabare Vazquez menang dalam pilihan raya presiden pusingan kedua...

China Buka Semula Sempadan...

BEIJING: Ramai pengunjung mula berpusu-pusu memasuki China melalui laluan darat dan laut dari...

Lebih Singkat Skirt Lebih...

CHINA - Sebuah restoran di Jinan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu...

Penduduk Mahu Jamilah Teruskan...

LUNDU - Semakin banyak pembangunan akan dapat dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri...

PBT Pantau Anjing Liar Sebagai Langkah Awal Cegah Rabies

SEREMBAN – Kerajaan negeri telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau anjing liar sebagai langkah awal mengelakkan sebarang kemungkinan susulan kes rabies atau penyakit anjing gila yang dikesan di beberapa negeri sebelum ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata orang ramai juga diminta  agar lebih berhati-hati khususnya mereka yang membawa anak kecil bermain di taman-taman permainan yang adakalanya terdapat anjing liar.

“Meskipun penyakit ini dikesan dikalangan anjing liar, namun ia juga tidak mustahil menjangkiti binatang peliharaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kes rabies di beberapa buah negeri iaitu di Sarawak sehingga mengorbankan nyawa dan di Perak yang turut dikesan turut menjangkiti kucing.

Mohamad berkata kes itu harus diambil serius setiap pihak berikutan ia merebak dengan cepat selepas seseorang itu digigit haiwan yang membawa virus tersebut.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad berkata keputusan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) adalah merupakan pendirian kerajaan negeri masing-masing.

Beliau turut menegaskan usaha memerangi rasuah adalah usaha semua pihak dan jangan jadikan usaha perangai rasuah atas perbezaan parti dan ideologi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Pulau Pinang pimpinan DAP menandatangani IBR yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu. – BERNAMA

Kategori