Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isu Rakyat M’sia Ditipu...

Kerajaan akan membawa isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di...

4 Rakan Bebas Tuduhan...

SAMBUTAN Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna buat empat rakan apabila mereka...

TV3 Akan Siar Permohonan...

KUALA LUMPUR - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan menyiarkan permohonan maaf kepada...

Pesawat Terhempas Di Pasar...

LA PAZ - Empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh manakala tiga pekedai cedera...

PBT Di Perak Diarah Tangani Isu Banjir – MB

IPOH – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak, terutama Majlis Bandaraya Ipoh, sudah diberi arahan menangani isu banjir, khususnya banjir kilat yang semakin kerap berlaku selepas hujan lebat, akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata isu itu perlu ditangani secepat mungkin.

“Sebenarnya kita telahpun mengambil langkah-langkah perlu, dan di setiap daerah, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Bencana Banjir juga telahpun membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir dan kemungkinan hujan lebat pada bila-bila masa.

“Di Perak, kita mempunyai pendekatan kita sendiri yang tidak banyak berbeza dengan pendekatan di Kemaman, Terengganu dari segi operasi dan persiapan. Kita menggunakan pendekatan yang telahpun kita amalkan selama ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan banjir kilat sekitar Bandaraya Ipoh baru-baru ini, ekoran penyelenggaraan sistem perparitan yang tidak efisien.

“Ia sebahagian daripada masalah yang menyebabkan banjir, bukan satu-satunya punca banjir berlaku.

“Sebab utama banjir kilat ialah hujan lebat lebih tiga jam dan pada tahun lepas sahaja, jumlah hujan bersamaan dengan kuantiti hujan selama 10 tahun,” katanya.

Zambry berkata kerajaan Persekutuan juga mewujudkan sebuah unit bencana yang menyaksikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menjadi urus setia, sebelum ini dikendali Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti dicadang oleh Perak.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat membahagikan tugas ini kepada agensi lain kerana MKN tumpuannya lebih kepada hal berkaitan keselamatan, manakala untuk masalah banjir, eloklah dikendalikan agensi lain,” katanya.


Selain itu, Zambry berkata kerajaan Persekutuan, di bawah Jabatan Perdana Menteri, mewujudkan Unit Pengurusan Bencana Banjir.

Beliau berkata Perak juga meminta kerajaan Persekutuan menambah aset seperti bot kecil atau sampan yang diperlukan segera.

“…keduanya melibatkan khemah dan bekalan lain yang perlu dihantar dengan segera kerana apa berlaku ialah tempat penyimpanan barangan ini bukan terletak dalam negeri Perak.

“Saya sudahpun membangkitkan isu ini iaitu kita perlu mempunyai logistik terbabit di kawasan berdekatan kerana berdasarkan pengalaman, ia terletak di negeri lain seperti Kedah dan Selangor,” katanya.

Beliau berkata kadang-kala barangan atau bekalan yang diperlukan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba di Ipoh.

“Jadi, kita sudah memaklumkan kerajaan Persekutuan untuk membantu kerajaan negeri menyediakan semua logistik itu di kawasan berhampiran supaya kita tidak perlu lagi menghabiskan masa lima hingga enam jam ke Sungai Petani di Kedah atau Sungai Buloh di Selangor bagi mendapatkannya,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori