Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Obama Kecam Pelampau Pancung...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengecam tindakan anggota Negara Islam (IS) memenggal kepala...

Projek Lewat Sebab Tiada...

KOTA KINABALU - Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya...

Jangan Buat Eksperimen Undi...

KUALA LUMPUR: Pengundi di Selangor diingatkan supaya tidak melakukan eksperimen ketika melaksanakan tanggungjawab...

Puspakom Sedia Tambah Baik...

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh...

PBB Terus Perjuang Kebebasan Media – Ban Ki-moon

INCHEON, KOREA SELATAN – Media yang bebas dan bertanggungjawab mampu membantu masyarakat dunia menegakkan hak asasi manusia, keadilan, maruah dan peluang sama rata untuk semua.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata atas dasar itu badan dunia berkenaan akan terus memperjuangkan kebebasan media dan penyebaran maklumat secara bebas.

“Media termasuk media dalam talian berperanan sebagai mata dan telinga masyarakat.

“Masyarakat juga menerima manfaat daripada maklumat yang disiarkan media,” katanya dalam buku cenderamata Sidang Kemuncak Asia 2016 (AMS 2016), di sini hari ini.

Menurut Ban, AMS 2016 berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Antarabangsa di Istanbul yang juga membincangkan isu kemanusiaan global.

Katanya, ketika ini dunia sedang menyaksikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dicabuli.


“Hari ini sekurang-kurangnya 125 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan. Sebanyak 60 juta orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat konflik atau keganasan dan separuh daripada mereka adalah kanak-kanak,” kata Ban.

AMS 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Songdo di sini dari 24 hingga 26 Mei disertai lebih 400 peserta termasuk 10 wakil organisasi media Malaysia.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak itu tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori