Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Biar Betul.. Suami Tergamak...

MANUSIA zaman sekarang ni memang pelik-pelik betullah..Ada ke patut isteri sendiri pun nak...

Orang Terengganu Percaya Tidak...

KUALA LUMPUR - "Masih ada orang Islam di Terengganu percaya bahawa orang UMNO...

Mayat Pemandu Lori Ditemui...

ROMPIN - Mayat seorang pemandu lori dipercayai dibunuh, ditemui dalam semak di tepi...

Padah Tak Guna Jejantas,...

GARA-GARA enggan menggunakan jejantas, seorang lelaki maut dilanggar tren komuter KTM berhampiran Stesen Setia...

Paulus Firman Sertai BAM Jadi Jurulatih Beregu Lelaki

KUALA LUMPUR — Bekas jurulatih kebangsaan Paulus Firman dilantik sebagai jurulatih beregu lelaki Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, yang mengumumkan pelantikan itu selepas mesyuarat majlis BAM hari ini, berkata Paulus akan melapor diri kepada persatuan itu pada 1 April.

“Kami berhadapan dengan keadaan yang agak kritikal dari segi beregu lelaki selepas perpindahan Rosman (Razak) ke jabatan beregu wanita. Dalam membuat persiapan untuk menghadapi Piala Thomas, inilah calon terbaik yang kami ada sekarang,” katanya.

Mohamad Norza berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Jurulatih warga Indonesia itu pernah bersama pasukan Malaysia selama 10 bulan pada 2013 sebelum menerima tawaran untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Filipina.

Berikutan pelantikan itu, Paulus bertanggungjawab membantu Cheah Soon Kit sebagai ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan.

Soon Kit tidak menang tangan apabila BAM menaikkan pangkat jurulatih beregu kebangsaan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita bulan lepas.


Pelantikan Paulus juga bertujuan memenuhi keperluan mendesak untuk mengukuhkan lagi pasukan beregu lelaki kebangsaan dalam menghadapi perlawanan akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand, pada 20-27 Mei.

Sementara itu, Mohamad Norza juga mengumumkan Soniia Cheah dipilih untuk beraksi dalam kategori perseorangan wanita pada Sukan Komanwel April ini.

Katanya pemilihan Soniia berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan pemain berusia 24 tahun itu kebelakangan ini. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BAM

Kategori