Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kaka Azraff Lebih Selesa...

PENYANYI Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 27, memberitahu bahawa...

Isu Video Mati Pucuk:...

MUNGKIN rakyat Malaysia masih lagi malu-malu menceritakan isu kesihatan organ seksual secara terbuka...

Wanita Indonesia Cedera Diragut...

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Indonesia kerugian RM900 selain mengalami kecederaan di...

Lembu Mutan 2 Kepala...

SEEKOR anak lembu mutan dilahirkan berkepala dua di China. Haiwan itu dilahirkan dalam keadaan...

‘Patutlah Bergaya, Hidup Mewah…’

GAYA hidup mewah seorang lelaki muda terbongkar selepas dia ditahan bersama 3.28 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM100,000 di Kampung Nyiur Chabang Atas, di Langkawi, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, ketika sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis yang melakukan intipan berjaya menangkap suspek ketika dia berehat di dalam bilik di kediamannya.

Katanya, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal selepas rumah berkenaan sudah dikepung pihak berkuasa.

“Pemeriksaan dalam bilik yang dihuni suspek menemui satu beg galas yang mengandungi lapan paket plastik lut sinar yang diisi dadah heroin seberat 3.28 kg.

“Turut dirampas wang tunai RM1,200 bersama peralatan seperti gunting, sudu, alat pelekat plastik dan dua penimbang digital,” katanya pada sidang media, hari ini.


Mohd Iqbal berkata, suspek dan kesemua barangan yang dirampas dibawa balik ke IPD Langkawi untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek sudah ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Bagi kes sitaan wang tunai pula, suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” katanya. – MyMetro

Kategori