Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Dengan PAS Selaras...

KUANTAN - Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Muktamar...

Banjir: 781 Penduduk Berpindah...

KUALA TERENGGANU - Seramai 781 penduduk daripada 203 keluarga yang terjejas banjir di...

Lelaki Saman Pelakon China...

SEORANG lelaki di Shanghai telah memfailkan saman kepada seorang pelakon wanita popular di...

Polis Siasat Dua Lelaki...

IPOH - Polis sedang menyiasat kejadian dua individu yang bergaduh menggunakan topi keledar...

Patuhi Ikrar Perkhidmatan Penuh Integriti

SERDANG – Pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) muda perlu patuh ikrar perkhidmatan dengan penuh intergriti dan jangan biarkan amalan negatif menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata PTD muda perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan maklumat penting dan memelihara kerahsiaan negara.

“Ilmu dan profesionalisme tanpa adanya nilai budaya intergriti tentunya tidak akan menjaminkan pembangunan yang makmur dan sejahtera kepada negara,” katanya ketika berucap pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini hari ini.

Ali berkata penjawat awam seharusnya merintis jalan seiring dengan persediaan negara bagi memanfaatkan kesempatan terbuka daripada Revolusi Perindustrian Keempat.

“Penjawat awam muda memikul tanggungjawab melaksanakan prakarsa-prakarsa utama Transformasi Nasional 2050 (TN50) seperti yang dirancangkan ke arah ekonomi berasaskan digital,” jelas beliau.

Ali berkata simbiosis yang mantap antara kerajaan dan perkhidmatan awam adalah kritikal ke arah merealisasikan aspirasi TN50.


“Kerajaan merangka dasar pentadbiran negara yang akan dilaksanakan oleh perkhidmatan awam dengan berkesan demi memakmur negara dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

Seramai 377 graduan dianugerahkan DPA pada istiadat hari ini. Mohamad Zulhilmy Abd Manan menjadi penerima anugerah khas Ketua Setiausaha Negara bagi kepimpinan terbaik program DPA Intan 2016. – BERNAMA

Kategori