Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sekolah Diminta Tingkat Kawalan...

BAGAN SERAI - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak meminta sekolah di negeri...

Letak Calon UMNO Hutan...

AWAN - MIC Perak menyifatkan keputusan meletakkan calon UMNO bertanding bagi kerusi Dewan...

“Pelawaan Mahathir Logik” –...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mempertahankan pelawaan yang...

Ada Sebab PKR Tak...

KUALA LUMPUR - Hanya parti Melayu dijemput! Demikian penegasan Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah...

Pasukan Asia Perlu Contohi Jepun – Ardiles

KUALA LUMPUR – Pasukan kebangsaan di rantau Asia perlu menjadikan Jepun sebagai contoh untuk meningkat ke peringkat dunia dan layak ke Piala Dunia, kata legenda bola sepak Argentina, Oswaldo Ardiles.

Bekas bintang kelab Tottenham Hotspur itu berkata Jepun pada mulanya tidak pernah memenangi sebarang pertandingan atau kejohanan tetapi keberanian mereka untuk membangunkan sebuah pasukan mantap akhirnya membolehkan mereka layak ke Piala Dunia sebanyak lima kali berturut-turut.

“Pasukan Asia harus mengikuti jejak langkah Jepun yang telah banyak berubah…bukan sahaja memenangi Piala Asia tetapi selepas mengharungi perjalanan yang jauh, maka pada 1998 Jepun buat pertama kali layak ke Piala Dunia,” katanya.

Legenda berusia 62 tahun itu berkata demikian pada sidang media, yang turut disertai oleh seorang lagi legenda kelab Britain itu, Ledley King, sempena Jelajah Malaysia-Legenda Tottenham Hotspur di sini hari ini.

Jelajah tersebut ditaja oleh Kumpulan American International Assurance (AIA) selepas menandatangi perjanjian tajaan jenama dengan Spurs sehingga musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/2019.


Peminat kelab EPL itu berpeluang bertemu dengan kedua-dua legenda kelab itu sehingga Sabtu ini.

Mereka juga akan mengendalikan Program Latihan Junior bersama Kelab Bola Sepak Brickfields.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Thomas Wong berkata syarikat itu menggunakan sukan sebagai platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelanggannya dan juga masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori