Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Semporna Masuki Pecutan...

SEMPORNA - Persiapan UMNO Bahagian Semporna menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah...

Jurulatih Jepun Latih Bakat...

SINGAPURA - Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) pada Rabu mengumumkan bahawa salah seorang jurulatih...

Ahli Parlimen BN, PAS...

KUALA LUMPUR - Pintu 2 Istana Negara hari ini menjadi tumpuan media apabila...

PRN Sarawak: Perbalahan DAP-PKR...

KUCHING - Tindakan naib pengerusi PKR Sarawak Boniface Willy Tumek keluar parti membayangkan...

Pastikan 20 Perkakas Ini Sentiasa Ada Dalam Kereta Anda

Situasi kecemasan di jalan raya memang tidak boleh diramal. Apa yang boleh dilakukan ialah bersedia untuk menghadapi sebarang kecelakaan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Umum mengetahui kebanyakan kenderaan masa kini dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang canggih bagi meningkatkan lagi prestasi, keselesaan dan keselamatan kepada kenderaan.

Namun begitu, terdapat beberapa lagi barangan keperluan penting yang kita tidak titik beratkan, lebih-lebih jika berlaku kecemasan.

Mari kita lihat 19 barangan keperluan yang mesti ada dalam setiap kenderaan.

1. Botol air kosong saiz 1.5 liter dan ke atas

keta1

Bayangkan minyak kenderaan anda habis ditengah jalan dan stesen minyak hanya beberapa meter daripada tempat anda kehabisan minyak. Di sinilah dimana botol air kosong boleh digunakan. Sekiranya terjadi begitu, anda boleh berjalan ke stesen minyak berdekatan dan isikan minyak ke dalam botol tersebut untuk diisikan kemudian ke dalam kenderaan anda.

2. Telefon bimbit lama yang ditutup dan dicas penuh

keta2

Telefon lama digunakan untuk membuat panggilan kecemasan sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada kereta anda, dan lebih teruk jika telefon pintar yang anda gunakan setiap hari telah kehabisan bateri. Ingat, pastikan bateri telah dicas sepenuhnya! Letakkan di dalam kereta dan matikan agar baterinya tidak kehabisan. Oh ya, jangan lupa untuk topup!

3. Kabel pelompat atau “jumper cables”

keta3

Sebelum membeli, periksa manual kereta anda terlebih dahulu untuk mengesahkan jenis kabel yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Ia sangat berguna sekiranya enjin kereta anda mati dan tidak boleh dihidupkan. Tapi harus ingat, kabel pelompat ini biasanya hanya dapat menyelesaikan masalah yang bersifat “short-term” dan anda mungkin perlu menggunakannya berulang kali.

4. Payung. Simpan lebih daripada satu

keta4

Malaysia sangat terkenal dengan negara yang mempunyai cuaca yang tidak menentu, terutamanya hujan. Kadang kala, hujan boleh turun pada bila-bila masa, mungkin juga ketika anda sedang memandu. Payung adalah antara barangan yang paling asas yang perlu ada. Dengan adanya payung di dalam kereta, tiada masalah untuk anda pergi ke mana-mana tempat sambil mengelakkan daripada basah.

5. Lampu suluh beserta bateri yang diasingkan

keta5

Ya, memang ada aplikasi lampu suluh di dalam telefon pintar dan ianya sangat berguna. Tetapi ia tidak sesuai untuk digunakan di sekitar enjin yang panas atau di kawasan bawah kenderaan. Sekali terjatuh, maka rosaklah telefon itu. Lampu suluh yang baik boleh bertahan lebih lama dan memancar cahaya dengan lebih terang. Jangan lupa juga untuk bawa bateri ekstra bersama anda.

6. Cecair WD-40

keta6

Cecair WD-40 merupakan bahan pelincir yang memberi perlindungan dari kelembapan. Ia sangat membantu dalam melonggarkan bolt atau skru ketat yang mustahil untuk dilonggarkan. Ciri-ciri yang ada pada cecair ini menjadikannya produk yang sangat berguna dalam menghapuskan kotoran dan sisa-sisa, melonggarkan skru ketat dan juga melonggarkan zip.

7. Pengecas bateri tanpa wayar atau “power bank” (pastikan kuasa penuh)

keta7

Sesetengah kereta mempunyai keupayaan mengecas telefon sebagai ciri-ciri standard yang ditawarkan. Walaupun begitu, power bank juga penting untuk dibawa bersama. Sekiranya, kereta anda berhenti dan anda perlu berhadapan dengan kehabisan bateri, anda mungkin tidak mempunyai kebolehan untuk mengecas telefon. Tetapi pastikan power bank anda telah dicas sepenuhnya sebelum digunakan.

8. Duit kecemasan

keta8

Duit kecemasan yang perlu disimpan tidak semestinya sehingga beribu-ribu ringgit. Sedikit wang kecemasan mampu menjadi tidak ternilai jika anda berada dalam keadaan terdesak. Mungkin ketika kereta anda bermasalah dan rosak di tepi jalan, anda tidak mempunyai wang yang mencukupi di dalam dompet untuk mengupah tow truck atau untuk membayar servis bagi perkhidmatan lain. Sebab itulah duit kecemasan sangat penting.

9. Surat khabar lama atau kain lap

keta9

Barang-barang ini penting untuk mengelap kopi yang tertumpah, memeriksa minyak hitam dalam enjin kereta, membersihkan permukaan kereta yang berlumur dengan pelbagai kotoran dan macam-macam lagi.

10. Alat pelbagai fungsi seperti pisau “Swiss Army”

keta10

Pelbagai model pisau Swiss Army wujud, dengan kombinasi alat yang berbeza untuk tugas-tugas khusus yang direka untuk dibawa setiap hari. Fungsi yang paling biasa didatangkan adalah seperti pisau bilah utama dan bilah kecil, pencungkil gigi, pembuka botol dan tin, pemutar skru, gunting, penebuk lubang, cangkuk, gegelang kunci dan pelbagai lagi.


11. Segitiga amaran

keta11

Sama ada siang atau malam, segitiga amaran biasanya diletakkan 10 kaki atau 20 kaki di belakang kenderaan. Ia bertujuan memberi amaran kepada orang ramai supaya memperlahankan kenderaan. Sekiranya anda terpaksa ketepikan kenderaan anda akibat kerosakan, segitiga amaran ini sangat berguna dalam menjamin keselamatan anda di tepi jalan.

12. Pita pelekat yang kuat

keteee

Segulung pita pelekat yang besar boleh memperbaiki banyak perkara dan menyelesaikan banyak masalah. Anda boleh menggunakan pita pelekat dan selembar plastik untuk menutup tingkap yang pecah sebagai contoh. Selain itu, ia juga mampu menutup saluran yang bocor. Sedangkan jurutera juga menggunakan pita pelekat untuk mengenal pasti pergerakan tanah yang merekah.

13. Kunci kereta kecemasan (bukan untuk disimpan dalam kereta)

keta12

Lambat laun semua orang mengunci kereta mereka bersama kunci di dalam kereta. Jika anda mempunyai satu salinan kunci, tiada masalah untuk anda membuka pintu kereta yang terkunci. Kunci kereta kecemasan ini perlu disimpan dan dilekatkan pada bahagian tersembunyi di luar kereta, bukan di dalam. Di sinilah khidmat pita pelekat diperlukan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan “magnetic key case” di mana-mana kedai perkakasan kereta berhampiran.

14. Plastik sampah atau apa-apa jenis plastik

keta14

Simpan beberapa plastik sampah yang besar dan “heavy-duty” di dalam kereta anda. Ia boleh digunakan untuk menutup tanah berlumpur apabila anda perlu menukar tayar dalam hujan dan sebagai poncho atau baju hujan jika diperlukan. Atau gunakan ia bersama pita pelekat untuk menutup bahagian tingkap yang pecah. Apa lagi? Anda juga boleh jadikan plastik sampah sebagai tempat buang sampah.

15. Sarung tangan

keta15

Sepasang sarung tangan kulit membolehkan anda untuk menyentuh bahagian panas di kawasan sekitar enjin dan bawah kereta. Anda juga boleh jadikan sarung tangan untuk menguatkan cengkaman, dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan tangan ketika membuka sesuatu yang ketat serta memastikan tangan anda sentiasa bersih walaupun terpaksa menukar tayar kereta.

16. Pen (atau pensel) dan buku nota kecil

keteeeeee

Semasa dalam kecemasan, anda tidak boleh hanya mengharapkan telefon pintar anda untuk menyimpan sesuatu maklumat. Gunakan cara tradisional dengan pen dan kertas untuk mencatat beberapa nota penting. Ia juga berguna apabila anda terpaksa membuat “double park” disebabkan terlalu sesak. Anda boleh tuliskan nama dan nombor telefon di atas kertas dan pamerkannya di cermin jika kereta di depan anda ingin meninggalkan parking tersebut.

17. Pemotong tali pinggang dan pemecah tingkap (alat dwifungsi)

keta16

Jangan pandang rendah pada alat ini. Memang ia nampak kecil dan tidak gagah seperti penukul. Tetapi walaupun kecil, ia mampu memecahkan tingkap kereta dan memotong tali pinggang dengan sekelip mata. Sangat berguna apabila tali pinggang tersangkut akibat kemalangan dan jika anda terperangkap dalam kereta. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu.

18. Gunting tajam dan besar

keta18

Selain pemotong tali pinggang, gunting juga boleh digunakan untuk memotong objek. Gunting yang dimaksudkan bukan gunting kecil yang tumpul ataupun gunting yang digunakan untuk bercukur. Anda perlu menyediakan gunting yang besar dan tajam yang mampu untuk memotong objek yang agak keras.

19. Kit pertolongan cemas yang paling asas

keta19

Anda tidak perlu menyimpan kit kecemasan yang besar dan mahal tetapi cukup sekadar mempunyai kit kecemasan kecil. Walaupun kecil, ia masih mampu membuat perbezaan yang besar. Perkakas seperti pembalut, salap anti-bakteria, dan pelega kesakitan bukan hanya dibawa ketika bercuti sahaja. Biasanya, kit kecemasan juga akan didatangkan dengan poncho atau baju hujan, gunting kecil, kapas dan lain-lain.

20. Alat pemadam api aerosol

keteeeeeeewww

“Satu kereta, satu alat pemadam api”, mari kita kembali kepada perkara paling asas dalam keselamatan.

Pernah berlaku sebuah kemalangan yang melibatkan kebakaran dimana rang ramai hendak memberikan pertolongan bagi mengeluarkan mangsa dari keretanya, tetapi gagal berbuat demikian disebabkan berlaku kebakaran. Mangsa yang masih bernyawa, akhirnya rentung dijilat api.bFikirkan, jika salah seorang daripada mereka yang berada dilokasi kemalangan mempunyai alat pemadam api, bukankah mangsa dapat diselamatkan?

Pasti anda rasa mustahil untuk memuatkan kesemua 20 perkakas ke dalam kereta anda tanpa memakan banyak ruang bukan? Hakikatnya, kesemuanya boleh dimuatkan ke dalam sebuah kotak sahaja dengan susunan yang teratur. Selamat mencuba.

Oleh: hzqahmd

  • Lagi berita berkaitan:
  • tips

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori