Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Keadaan banjir di Perak menunjukkan perubahan positif pagi ini apabila hanya...

Pegawai Kanan Polis Lindungi...

PUTRAJAYA : Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan...

Belanjawan 2023: Dana Perlindungan...

KUALA LUMPUR: Peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) kepada kerajaan negeri...

JC Baru Dengar Permohonan...

Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas...

Pasaran Kewangan Tambah Baik Susulan Langkah FMC

KUALA LUMPUR – Pasaran kewangan Malaysia terus bertambah baik susulan pelaksanaan langkah untuk memajukan pasaran kewangan dalam negeri yang diumumkan pada 2 Dis tahun lepas.

Petunjuk kepada keadaan itu adalah jumlah aktiviti perdagangan dalam pasaran pertukaran asing (FX).

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, sebanyak AS$37.0 bilion transaksi pertukaran asing berkaitan eksport dan import barangan dijalankan pada Januari sehingga 15 Februari 2017.

“Data BNM juga menunjukkan imbangan yang bertambah baik antara aliran pertukaran asing eksport dan import, sejajar dengan lebihan perdagangan dalam akaun semasa.

“Sejak langkah berkenaan diperkenalkan, penukaran hasil perolehan eksport mengatasi import sebanyak US$372.9 juta pada Disember 2016 dan AS$741.3 juta pada Januari 2017,” menurut FMC.

Menurut jawatankuasa itu, pasaran FX dalam negeri terus mencatat jumlah transaksi harian purata US$9.1 bilion dalam semua jenis transaksi FX.

Jumlah transaksi purata harian bagi pasangan mata wang ringgit ialah US$5.2 bilion, dengan purata transaksi semerta dan hadapan sebanyak US$2.3 bilion sehari, menurut FMC.

Turun naik kadar pertukaran kekal stabil dengan pergerakan antara hari purata mengecil kepada kira-kira 53 mata asas pada Januari 2017 daripada purata 82 mata asas pada Disember tahun lalu, menurut jawatankuasa itu.


Pasaran bon disokong teguh oleh pelabur institusi dan institusi kewangan dengan bidaan primer mendapat nisbah bida kepada perlindungan yang kukuh, melebihi 2 kali bagi tiga terbitan bon yang lalu.

“Pemegangan bon kerajaan jangka panjang oleh bukan pemastautin adalah sebanyak 29.6 peratus daripada jumlah terkumpul bulan Januari 2017, sama seperti paras pemegangan bukan pemastautin bulan Januari tahun lepas.

“Jumlah pasaran sekunder juga mampan sebanyak RM3.6 bilion sehari,” menurut FMC.

Menurut jawatankuasa itu, ringgit kekal stabil berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS), dengan pergerakannya sama seperti mata wang serantau lain dan mata wang utama yang kini sedang dipengaruhi perkembangan dalam pasaran kewangan AS dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada 2017.

FMC ialah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh BNM pada Mei 2016 dan terdiri daripada wakil BNM, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain yang mempunyai peranan atau penyertaan penting dalam pasaran kewangan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid. – BERNAMA

Kategori