Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Malaysia Airlines Catat RASK...

KUALA LUMPUR – Perolehan bagi tempat duduk kilometer (RASK) Malaysia Airlines naik dua...

“Lepas Mak Meninggal, Makcik...

PERASAAN geram, sedih dan hiba melanda diri apabila membacakan luahan hati anak bongsi...

Indeks Pembiakan Aedes Tinggi...

KANGAR - Lapan kawasan di Perlis dikenal pasti mempunyai kadar indeks pembiakan nyamuk...

SWCorp N.Sembilan Keluarkan 6,557...

SEREMBAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan telah...

Pasar Raya Di Kuala Ibai Dipecah Masuk, Rugi RM8,000

KUALA TERENGGANU – Sebuah pasar raya kerugian kira-kira RM8,000 selepas premis berkenaan dipecah masuk dalam kejadian di Kuala Ibai, semalam.

Bagaimapun, insiden itu hanya disedari kira-kira pukul 9.40 pagi tadi oleh seorang daripada pekerja ketika masuk ke ruangan pejabat dan mendapati terdapat kesan ceroboh pada bangunan tersebut.

Pemeriksaan turut mendapati suspek dipercayai memecah masuk premis berkenaan menggunakan pintu belakang di tingkat atas bangunan dan turut menyembur kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak identiti dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata kes berkenaan tiada kaitan dengan dua kes rompakan sebelum ini yang berlaku di sebuah pasar raya di Kuala Nerus dan bank di Dungun.


Katanya pihaknya percaya kes berkenaan dilakukan oleh orang dalam yang bekerja di pasar raya berkenaan.

“Kita yakin ia dilakukan oleh orang dalam dan kita telah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori