Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gojek: Adakah Kuala Lumpur...

KUALA LUMPUR - Keputusan jemaah menteri memberi kebenaran berhubung cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi...

Ibu Hamil Tawar Khidmat...

CYBERJAYA - Melihat tambang perkhidmatan e-hailing mencecah RM50 bagi perjalanan dua hala Cyberjaya...

Proses E-Undi Perlu Ditambah...

JOHOR BAHRU - Proses pengundian secara digital (e-undi) semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat...

Zaid Ibrahim Dipanggil Ke...

KUALA LUMPUR — Anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim, hari ini hadir ke Bukit...

Pasangan Warga Emas Nyaris Maut Dalam Kebakaran

PEKAN – Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas rumah yang didiami mereka di Felda Chini Timur 3, dekat sini terbakar hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu pada 9.49 pagi.

“Dua jentera bomba bersama seorang pegawai dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi kejadian 10.40 pagi berikutan jarak perjalanan sejauh 85 kilometer.

“Sebaik tiba didapati, kebakaran berlaku di bahagian dapur rumah pasangan Rahmah Ismail, 58 dan suaminya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mental, Lateh Bakar, 71 dan operasi pemadaman segera dilakukan,” katanya.


Bagaimanapun, menurutnya kedua-dua mangsa sempat menyelamatkan diri selepas dibantu jiran sebaik sahaja menyedari tentang kebakaran itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Kategori