Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar Ibrahim Pulang Sebentar...

KUALA LUMPUR - Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada 1.45...

Terengganu Umum Cuti Peristiwa...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini mengumumkan 10 Julai ini sebagai cuti...

Caj Parkir MBMB Setiap...

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lagi mengenakan caj parkir pada...

Belanda Lokasi Tepat Bicara...

KUALA LUMPUR – Keputusan memilih negara Belanda sebagai lokasi perbicaraan mana-mana suspek yang...

Pasangan Kekasih Ditahan Bersama Dadah

BUKIT MERTAJAM – Tindakan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah membawa teman wanitanya untuk menghantar bekalan bahan terlarang itu kepada pembeli bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dihidu polis selepas mereka ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis mengekori kereta dinaiki pasangan kekasih itu sebelum menahan mereka di Jalan Baru, di sini kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas lelaki berumur 26 tahun itu tidak menemui sebarang dadah namun pemeriksaan lanjut di dalam kereta jenis Proton Wira dinaiki mereka, polis menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM12,585.

“Antara dadah yang dirampas ialah heroin seberat 174.6 gram (g), methamphetamine (52.10g) dan ganja sebanyak 265.2g. Semua dadah itu dipercayai untuk dihantar kepada pembeli di Bukit Mertajam,” katanya di sini hari ini.

Katanya wanita berumur 22 tahun itu mendakwa tidak mengetahui teman lelakinya membawa dadah untuk dihantar kepada pembeli dan dia hanya keluar bersama untuk ke sebuah pasar raya.

Nik Ros Azhan berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket pengedaran dadah sebelum menjualnya kepada pelanggan di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth.


Katanya lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai lima rekod lampau itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah itu sejak tahun lepas.

“Hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah manakala teman wanitanya yang bekerja sebagai jurujual negatif dadah, mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata berikutan penahanan lelaki itu, polis berjaya mengenal pasti beberapa individu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan usaha mengesan mereka giat dijalankan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori