Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Posmen Berhenti Lampu Isyarat...

KUANTAN - Seorang penghantar surat maut selepas sebuah kereta merempuh motosikal yang ditungganginya...

Cara Lelaki Rusia Nak...

Bijak! Demi menjimatkan kos daripada membayar trak tunda untuk menarik keretanya yang rosak,...

Perang Perdagangan AS-China Boleh...

LANGKAWI - Malaysia berkemungkinan memperoleh manfaat daripada peperangan perdagangan di antara China dan...

Azwan ‘Surprise’ Muncul Lancar...

GEMPAR... Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ibu...

Pasangan Kekasih Disyaki Terlibat Rompakan Ditahan

KUCHING – Polis memberkas sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam rompakan di Kuching dan Padawan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata pasangan itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 21 tahun dan teman wanitanya berusia 24 tahun ditahan kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Mereka ditahan apabila sepasukan polis Unit D9 diketuai ASP Taruna Marian memintas sebuah kereta, Perodua Viva berwarna jingga di Petra Jaya.

Dev Kumar berkata rompakan pertama mereka berlaku pada pukul 4.15 petang di sebuah kedai serbaneka di Jalan Song Thian Cheok.

“Suspek lelaki bersenjatakan sebilah sabit, menundukkan juruwang sementara teman wanitanya mengambil semua wang tunai berjumlah RM1,284 daripada kotak tunai dan dua telefon bimbit. Kedua-dua suspek kemudiannya beredar dengan sebuah Perodua Viva jingga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek kemudian menuju ke sebuah kedai gambar di MJC Batu Kawa kira-kira 5.10 petang.


“Suspek lelaki mencekik leher seorang pembantu kedai wanita dan menolaknya ke lantai sementara teman wanitanya mengambil beg tangan yang mengandungi wang tunai RM1,000, dokumen pengenalan diri dan kad bank.

Suspek wanita juga mengambil sebuah kamera dan empat telefon bimbit daripada kedai itu. Kedua-dua suspek kemudiannya beredar menaiki Perodua Viva jingga,” katanya.

Dev Kumar berkata kedua-dua suspek berada di bawah pengaruh dadah semasa diberkas.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan rompakan dan kebanyakan daripada barang hasil rompakan dijumpai semula di dalam Perodua Viva yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, ” kata beliau. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori