Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“5 Perkara Yang Dikesali...

Bronnie Ware adalah seorang jururawat yang bertugas, menjaga pesakit yang sedang menunggu detik kematian.Pengalaman bersama...

Anggota PGA Maut, Motosikal...

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 9 Gong...

Lelaki Terlibat Pecah Kenderaan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan memburu rakannya kerana terlibat kegiatan...

Mati Rebut Kawasan Edar...

Tasek Gelugor - Dendam lama dan perebutan kawasan menjual dadah dipercayai punca seorang...

PAS Ucap Tahniah Skim Simpanan Shariah KWSP

KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana memperkenalkan skim Simpanan Shariah dengan dana permulaan berjumlah RM100 bilion iaitu kira-kira 15% daripada jumlah aset pelaburannya sehingga Mac lalu yang bernilai RM681.71 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pada masa ini, kesungguhan KWSP mengusahakan jalan keluar bagi menjamin pelaburan yang dibuat khususnya daripada hasil simpanan pencarum yang beragama Islam adalah patuh syariah ini amat wajar dipuji.

“Ia wajar dicontohi oleh semua pihak yang menguruskan dana simpanan dan pelaburan yang melibatkan orang-orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin berkata, eleman patuh syariah dalam semua aspek yang membabitkan urusan umat Islam adalah perkara yang amat mustahak untuk diberikan perhatian oleh semua pihak kerana ia adalah jaminan keberkatan daripada Allah S.W.T.

KWSP pada 21 Jun lalu menetapkan 1 Januari pada setiap tahun sebagai tarikh kuat kuasa ‘Simpanan Shariah’ bagi para pencarum yang memilih untuk menukarkan simpanan mereka kepada akaun simpanan baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dipetik berkata, penetapan tarikh itu dibuat mengikut peruntukan dana patuh syariah tahunan.


Beliau berkata, peruntukan dana patuh syariah untuk pencarum akan diberi mengikut giliran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh anggota Lembaga KWSP.

“Apabila pendaftaran Simpanan Shariah telah memenuhi kuota dana yang diperuntukkan pada tahun tersebut, pencarum yang telah membuat pilihan Simpanan Shariah tetapi belum berjaya memperoleh peruntukan dana itu perlu menunggu peruntukan dana patuh syariah tahunan yang seterusnya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori