Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tokan Dadah Pantai Timur...

Melaka : Polis memberkas seorang pengedar dadah dan merampas 894.54 gram syabu serta...

Semoga Usaha Murni Selama...

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, terus memberikan kata-kata...

Beri Morata Masa Bukti...

PETALING JAYA - Legenda kelab Chelsea FC, Didier Drogba berharap penyokong skuad ‘The...

SRS Bantu Polis Cegah...

ARAU - Penglibatan penduduk melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan perumahan dan...

PAS Sertai Perhimpunan Bantah TPPA Bukan Kerana Pakatan

KUALA LUMPUR – PAS akan nenyertai Himpunan Aman Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Dataran Merdeka di sini pada 23 Januari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PAS bagaimanapun bukan menyertai perhimpunan itu atas dasar bersama Pakatan Harapan.

“Adapun untuk kami menyertai penganjuran bantah TPPA oleh pihak lain, akan kami nilai keperluan, kewajaran dan kesesuaian masa serta keadaan selepas ini.

“PAS mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan, PAS telah mengatur dan merencana aktiviti bantahan TPPA melalui pelbagai peringkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Nasrudin turut memaklumkan, PAS akan turut membantah TPPA dalam sessi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini.

“Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa kami bantah TPPA,” jelasnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori