Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Sebahagian Taman Tasik Titiwangsa...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sebahagian kawasan Taman...

Kudat: Lelaki Maut, Isteri...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera parah...

Penganjuran Majlis Sosial Dibenarkan...

PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan mulai 1 Julai, kata...

Kaki Tumbuh Di Belakang...

BEIJING - Tular satu rakaman video yang menunjukkan seekor lembu dengan kaki kelima...

Parlimen: Penjawat Awam Wajib Lulus Tapisan Keselamatan

KUALA LUMPUR – Penjawat awam diwajibkan menjalani dan lulus tapisan keselamatan sama ada sebelum atau selepas disahkan dalam perkhidmatan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, Azalina berkata pelaksanaan tapisan keselamatan bagi penjawat awam telah dilaksanakan berpandukan Peraturan 80 Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

“Tapisan keselamatan dilaksanakan bagi memeriksa latar belakang penjawat awam untuk memastikan mereka bebas daripada rekod jenayah rekod keselamatan dan penyalahgunaan dadah serta bebas serta bersih dari anasir subvertif, espionaj dan sabotaj,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang melakukan pemutihan dan penapisan terhadap pegawai kerajaan yang sedia ada bagi mengelakkan ketirisan dan kebocoran maklumat daripada berlaku.


Dalam jawapan sama, Azalina berkata proses tapisan berkenaan mengandungi dua jenis iaitu Kasar dan Halus bagi menapis pegawai awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar.

“Tapisan Keselamatan Semula boleh dilaksanakan ke atas penjawat awam pada bila-bila masa berdasarkan keperluan perkhidmatan dan lain-lain tujuan seperti kenaikan pangkat dan penempatan pegawai di jawatan tertentu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori