Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Bersenjatakan Parang...

ROMPIN - Empat lelaki bersenjatakan parang menyamun empat sekeluarga selepas memecah masuk sebuah...

PM Najib Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

SKMM Siasat Penyebaran Berita...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan...

Pencemaran Toksik: Sultan Johor...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyifatkan...

Parlimen Belia Lulus Usul Kerajaan Bantu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM) hari ini meluluskan usul supaya kerajaan mendesak organisasi antarabangsa antaranya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk lebih serius dalam peranan mereka menangani krisis penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Usul Rohingya itu adalah antara empat usul yang diluluskan selepas dibentang dan dibincang pada persidangan PBM selama dua hari bermula semalam, yang akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungannya berhubung usul itu berkata Malaysia kekal berpendirian tegas dalam isu Rohingya dan konsisten mengajak masyarakat dunia membantu Rohingya yang kini menjadi pelarian etnik dan berlindung di Bangladesh.

Menurutnya, suara lantang Malaysia dalam isu itu adalah atas dasar kemanusiaan dan bukan bersifat keagamaan semata-mata dan ia telah banyak kali disuarakan melalui forum antarabangsa.

“Usaha berterusan ini telah membuahkan hasil apabila PBB sendiri termasuk Setiausaha Agungnya telah memberikan tumpuan khas kepada isu ini pada Perhimpunan Agung PBB tahun ini,” kata Khairy.

Khamis lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai pemerdagangan orang di PBB di New York berkata Malaysia bimbang bahawa lebih 400,000 etnik Rohingya yang sekarang mencari perlindungan di Bangladesh berikutan pergolakan di wilayah Rakhine kemungkinan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Selain usul Rohingya, tiga lagi usul PBM ialah meminta kerajaan untuk memperkasakan kesihatan reproduktif dan sosial (PEERS) kepada kanak-kanak seawal tujuh tahun dan cadangan memperkasa dan memartabatkan sukan elektronik (eSports) menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).


Selain itu PBM turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu hub rekreasi belia di setiap bandar.

Berhubung usul sukan elektronik itu, Khairy berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua penganjuran sukan selagi ia memberi manfaat kepada perkembangan sosial dan ekonomi negara.

“Sehingga 1 Oktober 2014 terdapat dua persatuan di peringkat negeri, dua persatuan di peringkat Bahagian dan 64 kelab telah didaftarkan. Sukan eSports di Malaysia dipelopori oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia,” katanya.

Mengenai cadangan mewujudkan hub rekreasi belia, beliau memaklumkan bahawa kerajaan telah mewujudkan 14 Kompleks Belia dan Sukan, 12 Y-Centre di Pusat Transformasi Bandar (UTC), 16 Kompleks Rakan Muda dan 15 Kompleks Sukan Komuniti di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori