Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Langgar Peserta Thaipusam...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu yang disyaki melanggar sekumpulan peserta perarakan Thaipusam hingga...

Bom Tinggalan Perang Dunia...

KLUANG - Sebiji bom lama, dipercayai tinggalan Perang Dunia ke-2 dari jenis Mortar...

Dua Ditahan Hina Islam...

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang...

PAS Tidak “Pelahap” Jawatan...

BATU PAHAT -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak...

Parit Utama Di Sekitar KL Dinaik Taraf Hadapi Banjir

KUALA LUMPUR – Bagi menangani masalah banjir di sekitar ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menaik taraf lapan parit utama.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL, Tan Keng Chok berkata ini kerana parit sedia ada sudah tidak mampu lagi menampung jumlah air hujan yang semakin bertambah berikutan perubahan iklim dunia.

“Projek naik taraf parit dilakukan dengan membesarkannya untuk melancarkan aliran air hujan supaya ia tidak tersumbat, sekali gus boleh mengelak banjir,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata parit di Jalan Air Panas/Jalan Air Madu yang melibatkan kos RM800,000 dan di Taman Goodwood, Kuchai Lama yang menelan belanja RM1.7 juta telah pun siap.

Sementara tiga lagi parit sedang dinaik taraf iaitu di Jalan Chan Sow Lin, Kampung Datuk Keramat dan Jalan Madrasah, Gombak yang dijangka siap pada Februari, September dan November 2015, katanya.

Tan berkata kerja menaik taraf tiga lagi parit di Jalan Cheras, Taman Billion, Setia Bestari, Bukit Damansara dan Taman Petaling, Kepong akan dimulakan Januari depan.

Selain menaik taraf parit, DBKL turut menyelenggara dan membersih parit dan sungai.

Beliau berkata kontraktor sudah dilantik untuk berbuat demikian sebagai kemungkinan menghadapi banjir tahun ini.


DBKL bertanggungjawab menjaga 330 kilometer (km) parit induk dan sungai sepanjang 125 km.

“Manakala longkang tepi jalan sepanjang 5,400 km adalah di bawah tanggungjawab Alam Flora yang DBKL memberi kontrak kepada syarikat itu sejak 13 tahun lepas,” jelasnya.

Jabatan Landskap dan Rekreasi DBKL turut bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pokok tumbang.

Pengarahnya Mustafa Mohd Nor berkata tugas itu diserahkan kepada Unit Penyelenggaraan Pokok Rendang yang mempunyai 90 anggota.

“Mereka bertugas mengikut syif. Mereka akan segera bertindak sekiranya menerima aduan pokok tumbang,” katanya dan menambah tugas itu turut dilakukan bersama Skuad Penyelamat Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Unit Kecemasan Jabatan Kesihatan.

Beliau menarik perhatian terdapat kira-kira 90,000 pokok di tepi jalan termasuk kawasan perumahan di seluruh Kuala Lumpur yang setiap pokok diselenggara dua kali setahun.

“Sebanyak 15 kontraktor turut menyelenggara pokok seperti menebang dan mencantas ranting yang tidak diperlukan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori