Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Germanwings: Co-Pilot Sudah Berlatih...

SUSULAN kes sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Germanwings yang disyaki sengaja dijatuhkan di...

Aliran Trafik Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya dilapor perlahan...

Babi Hutan Merayau Di...

TANJUNG MALIM - Kehadiran babi hutan yang merayau pada waktu malam dan awal...

Hidap Kanser Prostat, PM...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, disahkan menghidap kanser prostat dan...

Pantau Pelawat Dari Brazil Elak Penularan Demam Kuning

KUALA LUMPUR – Malaysia melaksanakan pemantauan ke atas individu-individu yang tiba di Malaysia dari 42 negara berisiko mengalami transmisi penyakit demam kuning termasuk Brazil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diambil kerana Malaysia mempunyai risiko berlaku transmisi jangkitan penyakit ini disebabkan terdapatnya nyamuk aedes.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, satu taklimat mengenai demam kuning dan keperluan suntikan vaksinasi telah diberikan kepada semua pegawai dan atlit kontinjen Olimpik Malaysia sebelum ini.

Menurutnya, taklimat itu bagi memastikan semua atlit dan pegawai yang terlibat dalam Sukan Olimpik Rio Brazil mengambil vaksin demam kuning selewatnya 10 hari sebelum berlepas ke Rio Brazil

“Sehingga kini tiada kes demam kuning yang dilaporkan di Malaysia.

“Virus demam kuning boleh dibawa masuk ke Malaysia melalui tetamu atau pelawat yang tiba dari negara-negara yang berisiko mengalami transmisi demam kuning yang tidak mengambil vaksinasi demam kuning dan dijangkiti penyakit ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Noor Hisham dalam pada itu menerangkan, sejak 12 hingga 21 Ogos lalu, seramai 37 individu dari Brazil telah disaring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kata beliau, terdapat empat individu didapati tidak mematuhi keperluan vaksinasi demam kuning dan diletakkan di bawah prosedur kuarantin untuk tujuan pemantauan sebelum dibenarkan memasuki Malaysia.

“Keempat-empat mereka didapati berada dalam keadaan sihat. Namun, ke-empat-empat mereka telah memilih untuk pergi ke negara lain sebelum dibenarkan memasuki Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori