Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Khairy Balas Kritikan ,...

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, membalas kritikan dilontarkan Ahli Parlimen Bintulu,...

“Saya Tidak Perlukan Proksi...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

“Rindu Tak Terkata… Dia...

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu perasaan rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi masih menebal...

Bank Dunia Bantu Laksana...

KUALA LUMPUR - Bank Dunia sedia membantu Malaysia meneruskan agenda pembaharuan pendidikannya dalam...

Pandangan Akar Umbi Penting Bagi Umno

KUALA TERENGGANU – Pandangan daripada akar umbi amat penting bagi Umno dalam menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara yang sering diperkatakan rakyat, terutamanya Akta Hasutan, sebelum Perhimpunan Agung Umno (PAU) berlangsung hujung November nanti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Umno sudah tentulah tidak akan sesekali melupakan, sebaliknya mengambil kira pandangan akar umbi, kerana ia merupakan amalan tradisi Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menjaga kepentingan rakyat.

“PAU kali ini akan menjadi landasan dan wadah buat pucuk pimpinan parti bagi membahaskan kedaulatan negara sekali gus dapat menentukan perincian, penambahbaikan dan hala tuju termasuklah Akta Hasutan,” katanya.

Justeru, katanya, Konvensyen Umno di peringkat negeri menjadi medium untuk Umno Pusat mengumpul pelbagai pandangan serta usul di peringkat akar umbi sebelum ia dibawa ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Umno Terengganu 2014 di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan seluruh Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Razif Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalan beliau, Datuk Jailani Johari.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata beberapa perkara seperti hubungan antara kaum, institusi diraja serta kedudukan agama Islam tidak boleh dipandang mudah kerana ia penting buat Umno dalam usaha mengekalkan keharmonian negara.


“Perbincangan akta (Akta Hasutan) ini (di peringkat Perhimpunan Agung Umno), diharap dapat menjaga perpaduan, kestabilan negara, menghormati sensitiviti dalam konteks kaum selain memelihara agama Islam dan institusi diraja negara,” katanya.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Hishammuddin menyeru semua ahli politik agar setia kepada perjuangan demi kepentingan rakyat dan tidak mengkhianati apabila sesuatu keadaan dianggap tidak memihak kepada mereka.

Katanya tiada tempat bagi golongan yang tidak setia kepada parti malah sesebuah parti itu boleh menjadi lebih kukuh tanpa kehadiran golongan tidak setia seperti itu.

Sementara itu, Jailani berkata hasil daripada perbahasan pada Konvensyen Umno Terengganu hari ini akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

“Saya menyeru semua kepimpinan di peringkat bahagian, cawangan dan akar umbi Umno supaya sentiasa mengekalkan semangat kesetiaan kepada parti dan mengekalkan parti keramat itu terus kukuh di Terengganu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori