PANAS.. Kisah Pelanggan Dakwa Dianiaya Bank Islam Jadi Viral

Kebelakangan ini, kisah seorang individu mendakwa dirinya dianiaya sebuah bank tempatan telah tersebar meluas menerusi laman sosial.

Atas dasar nama, mangsa dikatakan memilih Bank Islam untuk menyimpan wang simpanan namun sudahnya wang yang dikumpul termasuk untuk kegunaan menunaikan ibadah di Tanah Suci lebur begitu sahaja tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

Untuk mengetahui kisah sebenarnya, di bawah adalah luahan mangsa:

Bank Islam – Bukan Bank Pilihan Saya

Sebagai seorang pengguna beragama Islam, saya amat berbesar hati dan teruja menjadi pelanggan sebuah bank yang mempunyai perkataan “Islam” pada namanya. Mesti gah dan tidak menyusahkan pelanggan dan serba-serbinya baik berbanding bank lain yang belum tentu ‘shariah-compliant’.

Tetapi apa ada pada nama? Bukan sedikit orang atau organisasi meletakkan perkataan Islam pada nama organisasi mereka tetapi menjadi topeng untuk melariskan bisnes mereka.

Pertengahan tahun ini, saya membuka akaun semasa di Bank Islam setelah mempunyai akaun simpanan dan akaun pembiayaan peribadi sejak beberapa tahun lepas. Barulah tembelang Bank Islam terbongkar. Cek berjumlah 5 digit, hasil kerjaya selama setahun tanpa dipastikan sebabnya telah ‘hilang’.

Pelik., setelah kira-kira 3 minggu cek dimasukkan, tiada panggilan dari bank diterima menyatakan cek bermasalah. Jadi, saya dengan yakin mengeluarkan cek persendirian tidak melebihi amaun yang ada di dalam akaun simpanan. Alangkah terperanjatnya kedua-dua cek saya adalah cek tendang!

Bank Islam bila dihubungi bermati-matian menyatakan saya tidak memasukkan cek ke Bank Islam. Hanya setelah saya memeriksa dengan syarikat pengeluar cek, menyatakan cek sudah lama ditunaikan dan saya akan membuat aduan ke Bank Negara seandainya cek masih hilang, barulah menggelabah kakitangan bank menyatakan cek memang sudah ditunaikan tetapi tidak dimasukkan ke akaun saya.

Jawapan apakah ini? Jika saya ada bisnes besar tidak mungkin saya perasan kehilangan wang sebegitu kecil. Tetapi kerana kerjaya cuma makan gaji, maka apa yang diperolehi amat berharga.

Bukan itu sahaja bala dikurniakan oleh Bank Islam kepada pelanggannya. Saya ketika itu cuma menghitung hari untuk ke Tanah Suci. Dengan jelas dan terang saya memberitahu satu cek tersebut adalah untuk dimasukkan ke akaun simpanan saya supaya menjadi belanja di Tanah Suci. Tetapi bila di Tanah Suci, wang di dalam akaun cuma seratus lebih.

Dua bulan ‘menghambat’ bank Islam dan aduan ke Bank Negara sudah pun dibuat, saya meminta permintaan khas kerana kepayahan yang di’hadiah’kan kepada saya ini, kurangkanlah faedah ke atas pinjaman peribadi saya. Adakah kesusahan ini disebabkan kesilapan saya. Tetapi dengan angkuh dan tidak rasa bersalah, Bank Islam membalas email saya menyatakan kadar faedah pinjaman TIDAK DAPAT dikurangkan. Malah dicadangkan membuat pinjaman lagi dengan Bank Islam.

Jadi … SEGALA KESUSAHAN YANG DITERIMA OLEH SAYA KERANA KESILAPAN BANK ISLAM ADALAH PERCUMA??????

Untuk sahabat yang membaca status ini, jadikan iktibar. Dewasa ini, perkataan ISLAM didalam organisasi adakalanya cuma pelaris bisnes, semangat ISLAM tidak dijiwai dan diterapkan. Janji untung, agama boleh dijual-beli.

Jika tidak keberatan, mohon SHARE dan VIRALkan.

Jika rasa tidak perlu, saya tidak memaksa. Saya berharap anda semua mengambil iktibar..

Bersama luahan di atas, disertakan beberapa bukti bagi menyokong dakwaan mangsa iaitu salinan jawapan emel yang diterima daripada kakitangan bank terbabit dan laporan polis yang telah dibuat.

salinan emel bank islam

salinan repot bank islam (1)

salinan repot bank islam2

Difahamkan wang yang hilang secara ‘magik’ dalam laporan polis di atas, akhirnya dikembalikan semula selepas didesak berkali-kali.

Dalam pada itu, amat memeranjatkan apabila ruangan komen sebuah portal yang memaparkan kisah ini dipenuhi dengan perkongsian pengalaman daripada orang lain yang berasakan mereka atau orang terdekat dengan mereka juga pernah ‘dianiaya’ Bank Islam.

Di bawah kami siarkan cuma enam daripadanya.

bank islam 1

bank islam 2

bank islam 3

bank islam 4

bank islam 5

Sehubungan itu kami berasakan Bank Islam wajar menjawab keluhan pelanggan-pelanggan ini menerusi satu kenyataan rasmi memandangkan  perkara di atas sudah pun menjadi viral dan menjejaskan nama bank yang membawa bersamanya satu perkataan suci dan disegani iaitu ISLAM.

Penyiaran cerita ini tidak bermakna Bank Islam mempunyai mutu perkhidmatan yang rendah sebaliknya mungkin ada penjelasan munasabah yang tidak diketahui pelanggan mereka dan (sekiranya ada) maka  ia perlu dijelaskan bagi menjawab kekeliruan yang telah timbul. - mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

Loading...