Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dr Mahathir Dukacita Atas...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berdukacita atas...

KKM Tampil Akaun Khas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka satu akaun khas COVID-19 bagi membolehkan orang...

Wenger Terpaksa Lepaskan Giroud...

ARSENE Wenger mungkin terpaksa melepaskan Olivier Giroud menyertai Chelsea demi mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang. Arsenal...

Juara Asia Terkilan Kejayaannya...

KUALA LUMPUR - Juara Asia Kelas Elit Superbike 1,000cc, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC)...

PAN Marah Cara SPRM Tahan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) berang dengan cara Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang 29 Jun lalu.

Dakwa beliau, SPRM sepatutnya mengambil pendekatan dan tindakan yang lebih berhemah dengan menghubungi Setiausaha Agung DAP itu terlebih dahulu dan memberitahu tarikh kehadiran ke mahkamah kerana beliau seorang Ketua Menteri.

Justeru, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang PAN, Wan Anwar Wan Ibrahim menggesa seluruh rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang baharu dalam pilihan raya umum akan datang jika tidak mahu melihat Guan Eng ditahan seperti itu lagi.

“Kehadiran ramai pegawai SPRM untuk membuat tangkapan itu seolah-olah membayangkan ianya ‘wayang’ bagi meraih publisiti murahan daripada media massa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Walaupun Barisan Nasional mendapat semangat baru selepas keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kami tetap percaya rakyat akan memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng yang selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak amanah kini berhadapan dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah selepas siasatan SPRM mendapati beliau yang sebenarnya tidak amanah dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.


Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori