Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Serangan Di Madinah, Che...

PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Rozita Che Wan yang sepatutnya berangkat ke Tanah...

500 Kenderaan Ditenggelami Banjir...

JOHOR BAHRU: Hujan lebat yang melanda Johor Bahru dalam tempoh sejam petang tadi...

Wakil PKR Kelantan Diarah...

PETALING JAYA - PKR menerusi mesyuarat Biro Politik Keadilan memutuskan bahawa semua lantikan...

Gagal Hapus Tol, Mungkir...

BONGKAR... Pengakuan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa lebuh raya tanpa tol sebagai sesuatu...

Pakistan Serang Lokasi Militan Taliban

PESHAWAR, Pakistan – Pasukan tentera udara Pakistan melancarkan serangan udara dan darat terhadap kumpulan militan Taliban semalam dengan membunuh sekurang-kurangnya 57 orang di lokasi pertahanan mereka, kata tentera semalam.

Tentera dalam satu kenyataan memberitahu, jet pejuang telah mengebom 20 tempat persembunyian kumpulan militan itu di daerah Khyber yang bersempadan dengan bandar Peshawar di mana Taliban membunuh 148 orang termasuk 135 orang pelajar sekolah yang dikendalikan tentera pada Selasa lalu.

“Pasukan tentera darat juga bergerak lebih jauh ke lembah Tirah iaitu di sebuah kawasan pergunungan berhampiran sempadan Afghanistan yang menjadi kubu perlindungan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda sejak sekian lama,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian berasingan, pasukan tentera telah membunuh lima orang yang disyaki anggota kumpulan militan Taliban dalam satu serbuan di bandar pelabuhan selatan Karachi, kata jurucakap pasukan tersebut.


Keadaan di Peshawar pula kembali pulih seperti biasa selepas sebahagian besar penduduk berkabung untuk mangsa yang terbunuh dalam serangan paling dahsyat dalam dekad ini.

Di Islamabad, pemimpin politik dan tentera mengadakan perbincangan bagi membentuk satu perancangan baharu untuk menentang gerakan militan berkenaan.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif kelmarin berikrar untuk memerangi kumpulan militan secara berhabis-habisan dan serta-merta menamatkan penangguhan hukuman mati sejak tahun lalu terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan pengganas. – dpa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori