Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Jadi ‘Beku’ Pada...

SOUTH WALES – Seorang kanak-kanak di sini terpaksa memakai sarung tangan khas ketika...

Ramli Lakar Sejarah Orang...

BERBAKTI... Bekas pegawai polis, Ramli Mohd. Noor melakar sejarah diumumkan sebagai calon pertama...

Pahang Rekod RM31.4 Juta...

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari...

Cubaan Letup Kompleks Sempadan...

TUMPAT - Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin...

Pakatan Harapan Gesa Hentikan Permainan Judi

KUALA ROMPIN – Pakatan Harapan Rompin menggesa pihak berkaitan agar menghentikan permainan berunsur judi yang terdapat di tapak funfair Pesta Rompin (Rompin Fest) 2017 yang berlangsung di Pantai Hiburan, di sini.

Pesta yang sudah menjadi acara tahunan bagi daerah itu berlangsung dari 22 September hingga 1 Oktober depan juga sarat dengan pelbagai program dan gerai jualan.

Pengerusi Harapan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, ibu bapa yang membawa anak-anak perlu dihidangkan dengan program yang bermanfaat dan permainan berunsur judi tidak menyumbang apa-apa untuk kebaikan golongan itu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Rompin itu turut mengakui pengisian pesta itu juga ada yang baik seperti expo, pameran dan tapak perniagaan yang boleh diteruskan.

“Pesta ini tiada nasalah kerana ia juga sarat dengan program bermanfaat namun permainan berunsurkan judi kerana ada pertaruhan untuk mendapatkan sesuatu atau ada juga yang menyebutnya permainan tikam ini perlu dihentikan.

“Suasana ekonomi yang menekan sepatutnya warga Rompin dan pengunjung tidak disajikan dengan program yang tidak bermanfaat seperti ini kerana sama sekali tidak berfaedah sebaliknya menghabiskan wang sahaja,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Harapan Rompin menyerahkan memorandom kepada Pegawai Daerah Rompin, Datuk Mohd Zulkifli Hashim, di sini, yang diterima oleh wakilnya di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, semalam.


Mohd Fadzli berkata, negara baru sahaja menyambut Tahun Baru Hijrah dan sewajarnya penganjur menghormati hari kebesaran Islam ini.

“Kami rasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini kepada pengetahuan pihak berkuasa dan mengambil tindakan seperti gesaan yang dibuat melalui memorandom ini.

“Saya juga berharap masyarakat setempat terutama yang beragama Islam dapat memberi sokongan agar kegiatan permainan berunsur judi ini dapat dihentikan serta merta,” katanya. – Sinar Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

Kategori