Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Ucapkan Selamat Hari...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Mahathir Boleh Bersama BN,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menubuhkan sebuah kerajaan...

Jaga Kesihatan Semasa Hari...

KUALA LUMPUR - Setelah sebulan umat Islam berpuasa menahan diri daripada lapar dan...

Jalur lebar: Lebih RM100b...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM100 bilion untuk menambah baik infrastruktur jalur...

Pakatan Harapan Burukkan Reputasi Malaysia Di Turki

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan sedang giat menyebarkan fitnah kepada negara-negara luar kononnya Malaysia sebuah negara yang teruk dan diambang kemusnahan sekali gus boleh menjejaskan ekonomi dan hubungan antarabangsa negara ini.

Terbaru, mereka mewar-warkan kepada Turki kononnya Malaysia kini berhadapan ancaman perkauman, fahaman agama yang sempit, ekstremis dan tiada toleransi.

Lebih teruk apabila pemimpin Pakatan Harapan terbabit menyebarkan fitnah itu kepada negara asing sambil mendakwa mereka adalah pemimpin Malaysia.

“Pemimpin Malaysia yang telah berkumpul di Bosphorus, Istanbul, Turki pada 17 Oktober 2015 mendesak seluruh rakyat Malaysia agar bersatu demi menyelamatkan negara dari ancaman perkauman, fahaman agama yang sempit, ekstremis dan ketidak toleransian.

“Malaysia sedang berhadapan saat paling getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara dalam satu masa melibatkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum,” dakwa mereka dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Turki.


Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar; Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayoh.

Mereka turut menyebarkan dakyah di Turki kononnya mereka sedang berusaha menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke kancah huru-hara.

“Bosphorus adalah selat yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia. Maka para pimpinan politik berhimpun di sini dengan semangat harapan baharu untuk Malaysia dan negara akan bangkit menjadi obor harapan baru dipentas dunia,” dakwa mereka. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori