Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Pengundi Buat Laporan...

KUANTAN - Tiga pengundi di Pahang membuat laporan polis setelah nama mereka digunakan...

Jangan Bangkit Soal Perkauman,...

IPOH - "Jangan diperbesarkan hal perkauman ini, dekat sini orang Melayu makan mee...

Ahmad Zahid: Terimalah Hakikat...

IPOH - Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan...

GOSSIP BERKAHWIN: Alyah Tertekan,...

KUALA LUMPUR - Teka teki mengenai status sebenar penyanyi Alyah yang kononnya sudah...

PRK Rompin: Kerajaan Pahang Umum 5 Mei Cuti Peristiwa

ROMPIN, 29 April (Bernama) — Kerajaan negeri Pahang mengumumkan 5 Mei ini
sebagai cuti peristiwa untuk seluruh negeri bagi memudahkan pengundi berdaftar
menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada
tarikh itu.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu kenyataan ringkas kepada
media berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco yang diadakan di
Majlis Daerah Rompin di sini, hari ini.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon
Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dengan calon PAS Nazri Ahmad.

PRK itu diadakan susulan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis
terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.


Pada pilihan raya umum lalu, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23
tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd
Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat seramai 53,294
pengundi berdaftar di Parlimen Rompin termasuk 545 pengundi awal yang akan
melaksanakan tanggungjawab mereka esok di empat pusat pengundian awal.– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori